KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga buah penerbitan bertajuk 'The Tale of Steven', 'Jacob's Room To Choose' dan 'Aku' selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012).
KDN dalam kenyataan hari ini berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 24, 25 dan 26 bertarikh 20 Jan 2023.
Menurut KDN, perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang di seluruh negara.
"Ketiga-tiga penerbitan tersebut terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan kemoralan. Penerbitan 'Aku' didapati secara jelas mempunyai kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak diri dan bertentangan dengan nilai kesopanan masyarakat Malaysia
"The Tale of Steven dan Jacob's Room To Choose pula didapati mempromosikan gaya hidup lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan didukung masyarakat Timur selama ini," menurut kenyataan itu.
KDN berkata kerajaan komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat yang secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan negara.
Menurut KDN, menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.
"Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012), jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
"Sekiranya masyarakat awam mendapati penerbitan di atas atau mana-mana penerbitan yang dikhuatiri melanggar undang-undang negara masih diedarkan di pasaran, boleh memanjangkan aduan ke Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN di talian 03-88868047 atau faks 03-88891682," menurut kenyataan itu.
Aduan juga boleh dilakukan melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
KDN dalam kenyataan hari ini berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 24, 25 dan 26 bertarikh 20 Jan 2023. - Gambar fail/BERNAMA
Indonesia bakal tubuh agensi pelaburan dengan modal permulaan IDR1,000 trilion
Parlimen Indonesia akan mengundi untuk menubuhkan sebuah agensi pelaburan baharu dengan modal permulaan bernilai IDR1,000 trilion.
Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.
Pelajar SPM Dibantu APM Sandakan Keluar Dari Kampung Dilanda Banjir
Seorang Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Elopura mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sandakan selepas terperangkap akibat banjir DI Kampung Gum-Gum
Thaipusam: KTMB beroperasi 24 jam dari 9 -12 Feb dan tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memberi perkhidmatan tambahan KTM Komuter yang akan beroperasi selama 24 jam, selama empat hari tiga malam bermula dari 9 sehingga 12 Februari 2025
Thaipusam: perkhidmatan Rapidkl, Rapid Penang dan feri percuma dua hari
Menteri pengangkutan Anthony Loke berkata, bagi pengguna di Pulau Pinang, RapidPenang akan menyediakan 12 buah bas dengan kekerapan 20 hingga 60 minit dari Jeti perkhidmatan feri ke Adventist
Isu veteran: ATM akan adakan sesi townhall - PAT
Dalam pada itu, Panglima ATM Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, sesi townhall bersama veteran ATM yang akan diadakan dalam terdekat.
Imej ATM: Urus persepsi tangani tanggapan tidak tepat - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan langkah bagi menguruskan persepsi orang ramai berikutan pelbagai tanggapan tidak tepat dilontarkan terhadap pasukan itu terutama di sosial media.
Tahun Baharu Cina: Beberapa jalan di Pengkalan Weld ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Jalan Pengkalan Weld akan ditutup secara berperingkat bermula esok hingga Khamis sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Chew Jetty esok.
"Jangan teriak-teriak dalam dewan" - Timbalan Speaker
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Larut memanggil kerajaan kini sebagai kerajaan derhak berkait Titah Adendum
#AWANInews
Tak timbul isu kera di hutan disusukan, anak mati kelaparan
Tiada istilah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu yang ditegaskan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kritikan sesetengah pihak mengenai usaha Malaysia membangunkan semula Gaza.
Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN
AISSE25 yang bakal berlangsung 20 Jan ini di PICC, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya jenayah siber yang sema
196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.
Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
KDN dalam proses perkemas struktur perjawatan Jabatan Imigresen
Jabatan Imigresen sedang memperkemas struktur perjawatan dan penambahbaikan perkembangan kerjaya Skim Perkhidmatan Imigresen.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.