Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) buat pertama kalinya menjalinkan kerjasama bagi menangani fahaman dan kegiatan ekstremis yang disebarkan melalui hadis-hadis palsu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dilakukan kerana terdapat hadis-hadis palsu di laman-laman sosial terutamanya yang bertujuan untuk merekrut bakal-bakal pengganas termasuk yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS.
"Ini termasuk dengan kes gadis berusia 14 tahun yang cuba menyertai kumpulan militan IS di Syria, kerana beliau telah terpengaruh hadis (palsu) yang dibaca itu adalah benar dan sahih," katanya.
Ahmad Zahid berkata kepada media selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Anggota Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran dan Lajnah Tafsir al-Quran di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Remaja perempuan 14 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 18 Feb lepas ketika cuba pergi ke Syria melalui Mesir.
Gadis yang berasal dari Muar itu merupakan pelajar pengajian agama di sebuah institut tahfiz di Shah Alam.
Ahmad Zahid berkata walaupun KDN juga bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menangani isu itu namun ia masih tidak mampu untuk memantau setiap akaun media sosial di negara ini.
"Kita rasa tidak cukup dengan penguatkuasaan sahaja, tapi perlu ada kesedaran di kalangan orang awam itu," katanya, sambil menambah KDN berhasrat bertemu dengan lebih 20 ulama yang pakar dalam bidang hadis untuk mengatasi permasalahan itu dalam jangka masa panjang.
Dalam pada itu, Jamil Khir berkata JAKIM akan mengeluarkan senarai hadis-hadis palsu peringkat demi peringkat di laman sesawangnya dalam masa terdekat.
"Dunia sekarang semakin berkembang maju dan pendekatan dan orang ramai yang mencari maklumat juga berbeza terutamanya berkaitan dengan al-Quran dan hadis yang mana mereka lebih mencari melalui komputer dan media baru.
Namun melalui jalan inilah, kadang-kadang terdapat sumber-sumber tidak pasti yang direka termasuk hadis yang bukan bersumber daripada Rasullullah sendiri," katanya.
Justeru katanya, melalui kerjasama itu, satu biro yang dikenali sebagai Lajnah Tahseh al-Quran KDN dibentuk untuk yang menggunakan kepakaran sedia ada dalam JAKIM dan Majlis Agama Islam negeri-negeri untuk menangani penyelewangan hadis.
Bernama
Thu Feb 26 2015
KDN dan Jakim buat pertama kalinya menjalinkan kerjasama bagi menangani fahaman dan kegiatan ekstremis yang disebarkan melalui hadis-hadis palsu. -Gambar fail
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Media sosial cabaran terbesar perangi hadis daif, palsu
Kecanggihan teknologi maklumat dan multimedia khususnya menerusi media sosial antara cabaran besar dalam memerangi penyebaran hadis daif dan palsu secara sengaja atau sebaliknya.
Istilah 'payung emas' adalah hadis palsu - Zulkifli
Istilah payung emas yang akan diperolehi wanita sekiranya membenarkan suaminya berpoligami berikutan ia sunnah Rasulullah SAW merupakan hadis palsu.
KDN akan tubuh Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Hadis - Ahmad Zahid
Pengawalan hadis oleh KDN bertujuan menjaga kesahihan teks hadis, sekali gus mengawal penyebaran hadis-hadis palsu dalam masyarakat khususnya melalui penerbitan.
Mufti Perlis nasihat umat Islam hati-hati beli buku hadis
Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam agar berhati-hati apabila membeli atau membaca buku hadis berkaitan Nabi Muhammad SAW kerana terdapat banyak hadis palsu.
KDN, Jakim jalin kerjasama tangani penyebaran hadis palsu
KDN dan Jakim buat pertama kalinya menjalinkan kerjasama bagi menangani fahaman dan kegiatan ekstremis yang disebarkan melalui hadis-hadis palsu.