MUAR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia sedang mengkaji kaedah kawal selia yang sesuai bagi menguruskan hal ehwal pesara polis dan bekas polis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata ia bagi menjamin kebajikan golongan itu yang meliputi sejumlah 42,278 orang setakat hujung tahun lepas, selain menghargai sumbangan dan jasa mereka.
"Berdasarkan unjuran persaraan pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis pada 2023, dianggarkan seramai 3,990 orang yang akan bersara menjadikan jumlah pesara polis menjelang penghujung tahun 2023 adalah seramai 46,268 orang.
"Bilangan ini merupakan satu bilangan yang besar untuk diuruskan dan memerlukan satu kaedah kawal selia yang teratur diwujudkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Pesara Polis Johor Cawangan Muar di sini hari ini.
Shamsul Anuar berkata sebagai Pengerusi Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP), beliau turut melihat terdapat keperluan untuk mengkaji semula bentuk bantuan yang diberikan di bawah tabung berkenaan.
Katanya perkara itu mengambil kira perubahan sosioekonomi negara ketika ini.
TAWP diwujudkan untuk membantu hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka.
Ia meliputi khairat kematian, bantuan pergerakan, bantuan perubatan/anggota palsu, bantuan pendidikan dan bantuan bencana alam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata ia bagi menjamin kebajikan golongan itu yang meliputi sejumlah 42,278 orang setakat hujung tahun lepas, selain menghargai sumbangan dan jasa mereka. - Gambar fail/BERNAMA
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Konflik Gaza: Pertubuhan Islam Malaysia kecam cadangan Trump miliki Gaza
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama semua pertubuhan Islam di Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa negara itu akan mengambil alih dan memiliki Gaza melalui rancangan pembangunan semula.
Alliance Bank tawar program bantuan banjir kepada pelanggan terjejas
Alliance Bank mengumumkan Program Bantuan Banjir bagi membantu meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas akibat banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.
Sukan SEA 2025: KBS sasar jumlah keseluruhan pingat, bukan mengikut warna - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan sasaran pingat berdasarkan jumlah pingat dan bukan mengikut warna pingat.
'Ini pembersihan etnik secara terang-terangan' - YB Indera Mahkota
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata kenyataan yang dikeluarkan Presiden Amerika Syarikat untuk mengambil alih Semenanjung Gaza bermotifkan pembersihan etnik. #AWANInews
Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.
Kesuma, PERKESO dapatkan maklumbalas dengan pemegang taruh
Pihak Kementerian Sumber Manusia (kesuma) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi libat urus bersama para pemegang taruh bagi mendapatkan maklum balas berkenaan dengan cadangan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).
Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.