Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha mengekang penularan pengaruh kumpulan militan Daish dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata langkah awal perlu diambil bagi memastikan fahaman kumpulan pengganas itu tidak merebak dalam kalangan pelajar IPT.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain terutama dalam perkara membabitkan hal keselamatan negara.
"Baru-baru ini saya bermesyuarat dengan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melihat bagaimana langkah awal penyebaran-penyebaran elemen Daish di IPT dan kolej dapat diatasi.
Walaupun bilangan pelajar yang dikatakan terlibat dengan Daish masih kecil tetapi kami akan lakukan langkah-langkah pencegahan kerana tidak mahu pelajar terpengaruh dengan elemen yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Sesi Perkongsian Ilmu Gelombang Ancaman-Ancaman Luar Ke Atas Malaysia dan Kesediaan Kita Menghadapinya anjuran Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini, hari ini.
Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Puan Sri Rohani Abdullah.
Beliau yang juga Penasihat Puspanita Cawangan KDN berkata pihaknya menasihatkan semua pihak memainkan peranan dalam membendung kegiatan kumpulan pengganas itu.
"Ancaman ini tidak boleh diatasi secara bersendiri, tanpa sokongan semua pihak sukar bagi agensi penguatkuasaan mengambil tindakan yang lebih efektif," katanya.
Bernama
Thu Sep 08 2016

ALWI: KDN sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain terutama dalam perkara membabitkan hal keselamatan negara. -Gambar fail
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Minit Ahmad Zahid lanjut kontrak bukan satu arahan - Bekas KSU KDN
Alwi Ibrahim berkata, berdasarkan catatan minit oleh Ahmad Zahid pada 18 Okt 2016 yang dihantar kepadanya, ia adalah satu persetujuan.

Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal
Beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.

Mohd Zubil dilantik Ketua Pengarah APMM yang baharu
Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima itu menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Maritim daripada Laksamana Madya Maritim.

Pakatan Harapan kini sah
Perkara itu dimaklumkan dalam satu status dan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Facebook Harapan sebentar tadi.

KDN warta perintah larangan terhadap 21 penerbitan
Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 - 401 bertarikh 19 Dis 2017.

KDN larang 21 penerbitan
Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral generasi muda.

KDN, KPT bekerjasama kekang penularan pengaruh Daish di IPT
Pihaknya sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain terutama dalam perkara membabitkan hal keselamatan negara.

Dakwaan kubur besar Rohingya di Perlis, KPN akan perjelas esok
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan membuat sidang media esok mengenai sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 mayat etnik Rohingya.

KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan
KDN membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank, Subang Jaya.