KALABAKAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan membabitkan kos RM150 juta dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ini, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Sehubungan itu, beliau berkata pihak kementerian memerlukan kerjasama Pejabat Daerah Kalabakan bagi urusan tapak, tanah, izin pembangunan dan pelbagai urusan lain untuk melancarkan pembinaan IPD berkenaan.
"Adanya IPD kita boleh lengkapkan dengan kekuatan anggota, kemudian kuarters supaya anggota polis betul-betul boleh berkhidmat kepada penduduk kampung," katanya semasa berucap merasmikan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kalabakan serta Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di pada Jumaat.
Saifuddin Nasution berkata pembinaan IPD itu juga penting kepada Kalabakan kerana daerah ini akan menjadi pintu strategik negara dengan pembukaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Serudong.
Sementara itu, beliau berkata pengoperasian JPN cawangan Kalabakan sejak 1 Dis dan sehingga hari ini berjaya menerima dan menguruskan permohonan perkhidmatan mencecah 150 kes, dengan purata 10 kes satu hari.
Dalam pada itu itu Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Zamri Misman berkata sehingga 30 Nov lepas JPN berjaya melaksanakan 1,791 program MEKAR di seluruh negara bagi memberikan perkhidmatan pendaftaran kepada masyarakat termasuk khidmat nasihat dan penyerahan dokumen pengenalan diri yang telah diproses.
"Bagi Sabah sehingga 30 Nov, sebanyak 125 program MEKAR dilaksanakan melibatkan 2,785 permohonan serta 6,278 khidmat nasihat diadakan, bagi Kalabakan sendiri dua program telah diadakan pada tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Saifuddin (kiri) menandatangani plak perasmian pejabat Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Kalabakan pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Antara yang dirampas ialah sirap batuk kodeina merupakan majoriti, ubat perangsang seksual, ubat penenang serta ubat preskripsi lain.
OPEC+ tambah 5.8 juta tong minyak mentah sehari tampung bekalan dari Kanada, Mexico
Tindakan Donald Trump yang akan mengenakan tarif kepada negara rakan dagangnya akan memberi kesan terhadap pengeluaran minyak dan ekonomi logistik.
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
KDN lulus pembinaan IPD Kalabakan dengan kos RM150 juta - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan membabitkan kos RM150 juta dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di kawasan ini.