KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan memantau setiap penerbitan Al-Quran versi digital dan braille bagi mengelakkan berlaku sebarang kesilapan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan segera mengambil tindakan jika terdapat sebarang kesalahan tanpa menunggu sehingga ia menjadi terlalu serius.
"Kita ambil ini sebagai tanggungjawab kita... maknanya kalau mereka (penerbit) hasilkan Al-Quran digital sekalipun, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN (PK KDN) ada keupayaan untuk menguruskannya.
"Saya yakin ia mampu mengurangkan sebarang potensi berlaku kecacatan dari segi penghasilan Al-Quran versi digital... termasuk Al-Quran versi braille," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) KDN di sini semalam.
Saifuddin Nasution juga berkata Al-Quran yang diimport dari luar untuk tujuan edaran dalam negara juga tertakluk kepada Akta Percetakan Teks Al-Quran dan setakat Jun lepas, KDN telah merampas 3.2 juta naskhah Al-Quran import yang tidak menepati standard ditetapkan Malaysia.
Pada program semalam, beliau turut melancarkan Garis Panduan Penulisan Al-Quran Braille Standard Malaysia untuk memastikan keseragaman cetakan versi braille dengan versi biasa selain Sistem Tasheh yang menggunakan kemajuan teknologi untuk proses semakan pruf akhir.
Saifuddin Nasution juga berkata KDN akan mengubah sistem penggunaan senjata api oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi mengekang salah guna senjata api tersebut.
"Senjata api selepas ini akan disimpan di stor senjata. Bila anggota nak bertugas, baru kita akan benarkan dia ambil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024

Saifuddin Nasution (tengah) mengadakan sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Menteri Dalam Negeri Bersama LPPPQ KDN di Kuala Nerus malam tadi. --fotoBERNAMA

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

KDN tingkat latihan pengawal keselamatan, perkukuh kawalan di premis perniagaan
Modul latihan sedia ada yang dikendalikan oleh PDRM akan dikaji semula bagi memastikan ia sejajar dengan cabaran keselamatan semasa.

MEKAR mudahkan urusan miliki dokumen pengenalan diri di pedalaman
Program MEKAR bersifat 'outreach' di mana JPN turun ke lapangan membantu menyelesaikan isu berkaitan dokumen pengenalan diri mereka.

Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.

APMM selamatkan harta bernilai lebih RM1.5 bilion sepanjang 2024
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mencatatkan lebih RM1.5 bilion bagi jumlah nilai harta yang diselamatkan dalam operasi menyelamat maritim sepanjang tahun lepas.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Persiapan dikekalkan bagi hadapi gelombang kedua banjir - Saifuddin Nasution
Segala persiapan keanggotaan dan aset bagi menghadapi gelombang kedua banjir adalah sama seperti gelombang pertama, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.