Kementerian Dalam Negeri akan meneliti akta-akta serta undang-undang yang sedia ada mengenai jenayah rumahtangga dan keganasan domestik.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Anak Kujat berkata, ini adalah supaya hukuman yang lebih berat untuk kesalahan itu dapat dipertimbangkan.
"Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kes keganasan rumahtangga melalui kerjasama dengan NGO dan mengadakan program kesedaran.
"Oleh kerana masalah ini susah dibendung, sudah pasti kami akan meneliti akta rumahtangga dan undang-undang lain untuk memberi hukuman yang lebih berat," katanya semasa sesi soal jawab di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar, yang ingin tahu sekiranya kerajaan berpuas hati dengan jumlah kes keganasan domestik atau berhasrat untuk mencari kaedah-kaedah yang lebih efektif untuk mengurangkannya.
Sementara itu, Masir berkata kes keganasan rumah tangga yang disiasat pada tahun 2014 adalah 4807 dan 1426 daripada kes itu telah dituduh di mahkamah.
"Sebanyak 358 kes daripada jumlah itu telah dijatuh hukum.
"Pada tahun 2015 pula, sebanyak 5,014 kes disiasat, 1,404 kes telah dituduh di mahkamah dan 146 kes telah dijatuh hukum.
"Pada Januari 2016 sahaja sebanyak 461 kes disiasat, 151 kes dituduh di mahkamah dan 13 kes telah dijatuh hukum," katanya.
Tambahnya antara usaha kerajaan untuk mengurangkan kes keganasan adalah memberi kaunseling di balai polis serta program pencegahan jenayah di sekolah.
T K Letchumy Tamboo
Thu Mar 10 2016
![KDN pertimbang hukuman lebih berat bagi jenayah keganasan domestik KDN pertimbang hukuman lebih berat bagi jenayah keganasan domestik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435041758_Abuse.jpg)
Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kes keganasan rumahtangga melalui kerjasama dengan NGO dan mengadakan program kesedaran. - Gambar hiasan
![Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738911171_MetMalaysia.jpg)
Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.
![Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738906916_DatukMKumar.jpg)
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
![Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738906631_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
![Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906153_TBJoseRaulMulino.jpg)
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Isu suar penyokong JDT: Serah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM Isu suar penyokong JDT: Serah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689072856_FAM.jpg)
Isu suar penyokong JDT: Serah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM
Jawatankuasa Tatatertib FAM akan menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pasukan yang melanggar peraturan badan induk bola sepak negara itu.
![Peminat desak JDT dikenakan hukuman lebih berat berhubung isu suar Peminat desak JDT dikenakan hukuman lebih berat berhubung isu suar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688939588_JDTbakarsuar.jpg)
Peminat desak JDT dikenakan hukuman lebih berat berhubung isu suar
Peminat menyifatkan tindakan menyalakan suar itu sebagai tidak menghormati MFL dan mencabar FAM.
![Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630417824_AmlirAyat.jpg)
Pindaan Akta 655: Hukuman denda tinggi perlu selari dengan pemantauan - Aktivis
Pelaksanaan hukuman denda yang tinggi semata-mata tidak mampu menyelesaikan isu pencemaran air yang terus berlaku.
![Pertimbang hukuman lebih ketat bagi elakkan isu pencemaran air mentah Pertimbang hukuman lebih ketat bagi elakkan isu pencemaran air mentah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621327534_JaseniMaidinsa.jpg)
Pertimbang hukuman lebih ketat bagi elakkan isu pencemaran air mentah
PBAPP berharap pihak berkuasa akan mengkaji semula hukuman yang lebih ketat bagi kesalahan pencemaran sumber air mentah untuk mengelakkan isu pencemaran itu berlaku.
![Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618918385_RasAdibaRadzi.jpg)
Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba
Ras Adiba sarankan Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dipinda segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman lebih berat dan setimpal.
![Cetak rompak: Apa kesudahannya? Cetak rompak: Apa kesudahannya?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615366886_GayathriSuLinPill.jpg)
Cetak rompak: Apa kesudahannya?
Malaysia seharusnya bertindak lebih tegas dengan menyekat akses internet kepada domain-domain yang dikaitkan dengan laman penstriman filem cetak rompak.
![Sabah, Sarawak digesa pinda undang-undang berkaitan hidupan liar Sabah, Sarawak digesa pinda undang-undang berkaitan hidupan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51562746637_Xavier.jpg)
Sabah, Sarawak digesa pinda undang-undang berkaitan hidupan liar
Pindaan undang-undang berkaitan hidupan liar di negeri berkenaan supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan kepada pesalah hidupan liar.
![KDN pertimbang hukuman lebih berat bagi jenayah keganasan domestik KDN pertimbang hukuman lebih berat bagi jenayah keganasan domestik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435041758_Abuse.jpg)
KDN pertimbang hukuman lebih berat bagi jenayah keganasan domestik
Kementerian Dalam Negeri akan meneliti akta-akta serta undang-undang yang sedia ada mengenai jenayah rumahtangga dan keganasan domestik.