SEPANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 14,249 teks dan bahan bacaan al-Quran di sekitar Lembah Klang, Terengganu dan Kelantan dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata antara sebab rampasan adalah kerana teks dan bahan bacaan al-Quran itu tidak mempunyai kelulusan KDN melalui Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).
"Ciri-ciri al-Quran yang dirampas ini antaranya tidak ada cop LPPPQ dan pelekat hologram KDN di kulit luar serta ia ditulis dengan resam selain Uthmani.
"Apabila disemak lagi, maka terdapat sana sini kesilapan huruf, tanda baca, ayat, yang kita khuatiri apabila pengamal membaca akan memberi maksud salah terhadap ayat al-Quran yang diturunkan," katanya kepada media selepas mesyuarat LPPPQ di sini hari ini.
Ditanya mengenai aplikasi al-Quran yang mendapat perakuan LPPPQ, beliau berkata setakat ini hanya satu sahaja diperakukan iaitu Smart Quran, dibangunkan secara kerjasama antara Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KDN.
"Aplikasi Smart Quran diperakui bebas daripada kesilapan kerana dah melalui proses semakan dan perakuan oleh LPPPQ, manakala lain-lain aplikasi yang ada sekarang ini belum melalui proses tersebut.
"Kita tak kata (aplikasi) al-Quran lain salah cuma ia tidak melalui proses semakan. Jadi digalakkan mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran membangunkan al-Quran secara digital untuk mohon kelulusan bagi memastikan (aplikasi) al-Quran dibangunkan mereka adalah sahih dan tepat," katanya.
Mengenai hasil mesyuarat hari ini, beliau berkata antara perkara dipersetujui adalah membatalkan satu lesen mencetak al-Quran di Pulau Pinang kerana syarikat tersebut didapati sudah tidak aktif mencetak al-Quran.
Mesyuarat juga meluluskan empat pruf akhir teks al-Quran, menjadikan setakat ini terdapat 916 perakuan pruf akhir teks al-Quran yang telah diluluskan, katanya.
"Pruf ini diperlukan untuk memastikan teks dan bahan al-Quran yang dicetak, diterbit, diimport dan diedar dalam negara ini tidak mengandungi apa-apa kesilapan dan kesalahan dalam menjaga kesucian al-Quran.
"Jumlah al-Quran yang mempunyai perakuan KDN adalah dipercayai mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023

Antara sebab rampasan adalah kerana teks dan bahan bacaan al-Quran itu tidak mempunyai kelulusan KDN melalui LPPPQ. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

JAKIM ambil serius isu lelaki berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
JAKIM mengambil serius terhadap isu tular membabitkan lelaki Muslim yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

BLACKMORES peroleh pensijilan halal JAKIM, perkukuh kepercayaan pengguna
BLACKMORES mencatat sejarah sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi
JAKIM menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah.

Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Garis panduan Muslim hadiri majlis perayaan bukan Islam dimuktamad hujung bulan ini
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang memuktamadkan satu garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.

Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.