PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita sebanyak 3,254 unit jam dinding digital yang mengandungi audio 30 juzuk al-Quran dengan fungsi azan yang dijual tanpa kelulusan, dianggar bernilai RM1.1 juta.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata jam itu dirampas dalam serbuan yang dilakukan di empat premis di sekitar Lembah Klang bulan lepas, yang dipercayai menjadi pengedar kepada penjualan jam dinding digital itu.
Beliau berkata kesemua barangan itu yang dipercayai diimport dari China dan dijual dengan harga pasaran bermula RM350 seunit melalui platform media sosial, e-dagang dan kedai fizikal, disita kerana menyalahi Seksyen 6(1) Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, iaitu tiada perakuan KDN.
"Semakan lanjut mendapati jam dinding digital yang dirampas mempunyai kesalahan teknikal audio bacaan al-Quran seperti bacaan berulang serta bacaan dan maksud tidak sempurna kerana bacaan bercampur aduk dengan laungan azan.
"Terjemahan al-Quran dalam bahasa lain yang didapati dalam jam digital itu juga tidak menepati penggunaan terjemahan di Malaysia iaitu berpandukan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Nik Yusaimi berkata berikutan itu, empat lelaki yang merupakan pemilik premis berumur lingkungan 30 hingga 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda hingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Menurutnya, mana-mana penerbitan al-Quran dalam apa jua bentuk yang mengandungi satu juzuk atau lebih ayat al-Quran, hendaklah mendapatkan perakuan KDN dengan melalui proses semakan pakar terlebih dahulu sebelum boleh diedar atau dijual di negara ini.
"Kawalan ini perlu bagi menjamin kesucian ayat-ayat al-Quran yang betul untuk diamalkan oleh rakyat Malaysia serta mengelakkan ayat al-Quran dikelirukan sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan dan ketenteraman awam.
"Mana-mana bahan yang mempunyai ayat al-Quran satu juzuk dan ke atas yang tidak mempunyai perakuan KDN seperti ini, lazimnya akan mempunyai kesalahan dan mengelirukan masyarakat melalui sebutan dan bacaan yang membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat itu diturunkan," katanya.
Nik Yusaimi berkata sehingga kini, terdapat sejumlah 952 pruf akhir teks al-Quran termasuk al-Quran elektronik dan digital yang telah diluluskan KDN untuk jualan dan edaran di Malaysia.
KDN, katanya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti pengimportan, pengedaran dan penjualan al-Quran yang menyalahi akta ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian aduan 03-80008000 atau hotline 88893145, atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024
Nik Yusaimi (empat, kanan) menunjukkan antara rampasan berupa jam dinding digital semasa sidang media di Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.
KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.
KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.
Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
KDN bekerjama dengan pelbagai agensi pulihkan fahaman pengikut GISB - Saifuddin Nasution
KDN bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menyelaras usaha memulihkan fahaman pengikut GISB, agar mereka tidak kembali kepada fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat.
Siasatan terhadap Yusoff Rawther profesional ikut lunas perundangan - KDN
KDN mengesahkan siasatan terhadap Muhammed Yusoff Rawther dijalankan secara profesional oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut lunas perundangan.
AKPS dijangka ambil alih operasi di pintu masuk negara Januari 2026
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dijangka akan mengambil alih keseluruhan operasi di 114 pintu masuk negara pada Januari 2026, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
KDN gerak anggota PDRM dan aset untuk operasi bantuan banjir
Antara aset yang digunakan termasuk 152 kenderaan pacuan empat roda, 68 bot, 51 lori, 15 kereta peronda, 13 van, dan satu helikopter.
KDN janji selesai isu 12,000 pelajar sekolah tiada dokumen pengenalan diri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan menyelesaikan isu dokumen pengenalan diri membabitkan 12,000 pelajar dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.
KDN hormati keputusan mahkamah kembalikan 172 jam tangan 'Pride Collection'
KDN menghormati keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' yang dirampas tahun lepas, dikembalikan semula.