KUALA TERENGGANU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan merampas 4,320 unit al-Quran bernilai RM250,000 dalam Op Mulia bermula awal Ramadan hingga semalam.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata rampasan itu melibatkan pelbagai jenis al-Quran termasuk dalam bentuk teks dan elektronik yang tidak mempunyai kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ), KDN.
Beliau berkata serbuan dilakukan terhadap premis perniagaan dan persendirian hasil risikan serta pemantauan terhadap premis serta individu sasaran.
"Op Mulia adalah kesinambungan daripada operasi-operasi yang dijalankan di seluruh negara melibatkan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Percetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986.
"Selain jualan di premis perniagaan, kita turut membuat rampasan terhadap peniaga dan individu yang menjalankan aktiviti jualan secara dalam talian," katanya dalam sidang media di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Terengganu di sini, hari ini.
Menurut Nik Yusaimi, hasil siasatan mendapati al-Quran tersebut dibawa masuk ke negara ini dari negara seberang berikutan peningkatan pemintaan secara mendadak ketika Ramadan.
Justeru beliau menasihati orang ramai supaya menyemak perakuan dan memastikan terdapat hologram KDN pada naskah al-Quran sebelum membuat pembelian.
"Amalan membaca al-Quran yang tidak mendapat kelulusan LPPPQ dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat kerana ia mungkin berkaitan teks al-Quran, sebutan, bacaan dan maksud yang tidak tepat kerana tidak melalui proses semakan dan ditentusahkan oleh pakar.
"Oleh yang demikian masyarakat di luar sana dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti membeli, memiliki, menerbit dan menjual teks atau bahan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan kerana boleh dihukum sehingga lima tahun penjara dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Nik Yusaimi (tengah) menunjukkan Al-Quran digital yang dirampas kerana tidak mempunyai kelulusan daripada kementerian itu menerusi Ops Mulia pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

KDN rampas al-Quran tanpa kelulusan bernilai RM250,000
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan merampas 4,320 unit al-Quran bernilai RM250,000 dalam Op Mulia bermula awal Ramadan hingga semalam.