Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail modul latihan sedia ada yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikaji semula bagi memastikan ia sejajar dengan cabaran keselamatan semasa.
“Kita melihat keperluan untuk mempertingkatkan latihan keselamatan di kompleks perniagaan dan kawasan awam.
"Saya telah meminta Ketua Polis Negara dan Datuk Ayub untuk meneliti aspek ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya hari ini.
Selain itu, pihak industri kawalan keselamatan juga akan dilibatkan dalam perbincangan bagi memastikan kawalan keselamatan yang lebih efektif dan selari dengan keperluan semasa.
Ujarnya, KDN bertekad untuk memperkukuh sistem keselamatan di semua peringkat bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara terus terpelihara.
Terdahulu pada jam 10.50 malam Sabtu, berlaku satu kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.
Insiden itu menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)