Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan yang mengandungi kandungan yang memudaratkan kepentingan awam, ketenteraman awam, kemoralan dan menggemparkan fikiran orang ramai.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata warta perintah larangan dikeluarkan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).
"Perintah ini menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alwi berkata lima penerbitan didapati mengandungi fakta yang mengelirukan dan bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam yang sebenar mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan di negara ini.
"Penerbitan-penerbitan tersebut juga dilihat boleh mengelirukan orang ramai dan dikategorikan sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya," katanya.
Tajuk penerbitan tersebut adalah Isu Semasa Dalam Risalah: Hukum Barat Pun Islam, Isu Semasa Dalam Risalah: Konsep Kebebasan dan Agama, Menuju Reformasi Perundangan Islam, Zainab Srikandi Cucu Baginda Muhammad S.A.W. dan Imam Mahdi Yang Ditunggu Dan Malapetaka Akhir Zaman.
Alwi berkata dua penerbitan pula mempunyai unsur-unsur yang menghina agama Islam dan negara.
"Kedua-dua penerbitan tersebut mungkin memberi implikasi negatif dari sudut keselamatan negara," katanya, merujuk kepada tajuk penerbitan Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity
Dalam pada itu, terdapat satu penerbitan bertajuk 'Saucy Seaside Postcards' yang isi kandungan atau artikelnya berunsur seks serta memuatkan gambar-gambar lucah yang keterlaluan yang dilihat tidak bersesuaian dengan norma kehidupan masyarakat Malaysia, katanya.
"Secara keseluruhannya, kesemua penerbitan yang diterbitkan di dalam negara dan di luar negara tersebut dilihat boleh memudaratkan atau mengelirukan pembaca terutamanya generasi muda di mana ia tidak sesuai untuk dijadikan bahan bacaan umum,"katanya.
Sehubungan itu, katanya, mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan.
Jika disabitkan boleh dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya seperti yang ditetapkan mengikut Seksyen 8 (2) Akta 301 tersebut, katanya.
Orang ramai yang menemui penerbitan yang mungkin melanggar undang-undang negara diedarkan di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN di talian telefon 03 - 88868047 atau faks 03 - 88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman sesawang http://moha.spab.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2017
![KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan KDN wartakan perintah larangan terhadap lapan penerbitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81501659690_AlwiIbrahim.jpg)
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata warta perintah larangan dikeluarkan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). - fotoBERNAMA
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
![Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738319636_DenmarkUSA.jpg)
Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.
![FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724912613_tbTheFBIseal.jpg)
FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.
![Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732618025_TBSARADUTERTE.jpg)
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
![Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732201328_PerhilitanBuaya.jpg)
Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.
![Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703658258_Iranflag.jpg)
Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.
![Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726044978_HanDucksoo.jpg)
Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.
![20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan 20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724689900_TBBANUANALMAUNAH.jpg)
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.
![Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724332265_jermanflag.jpg)
Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.
![Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637065121_adele.jpg)
Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."
![Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717820791_TerumbuKarang.jpg)
Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.