Ringkasan AI
- Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.1% pada tahun 2024, meningkat daripada 3.6% pada tahun 2023, didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.
- Sektor perkhidmatan, pembuatan, dan pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan, masing-masing mencatat pertumbuhan 5.4%, 4.2%, dan 17.5%. Pelaburan juga mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 12.0%, tertinggi dalam tempoh 12 tahun.
- Eksport Malaysia meningkat sebanyak 8.5%, mencerminkan pemulihan permintaan luar. Prestasi ekonomi Malaysia juga lebih baik berbanding beberapa negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan ekonomi ini dipacu oleh momentum positif dalam semua sektor utama, kecuali pertanian dan perlombongan & pengkuarian yang mengalami sedikit penyusutan.
"Pelaburan mencatat pertumbuhan dua digit iaitu 12.0 peratus, tertinggi dalam tempoh 12 tahun, menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap prospek ekonomi negara.
"Sektor perkhidmatan terus menjadi pemacu utama ekonomi dengan pertumbuhan 5.4 peratus, diikuti pembuatan (4.2 peratus), dan pembinaan (17.5 peratus).
"Pada masa yang sama, eksport Malaysia meningkat 8.5 peratus, mencerminkan pemulihan permintaan luar," katanya.
Malaysia juga mencatat prestasi lebih baik berbanding beberapa rakan serantau seperti Singapura (4.0 peratus) dan Indonesia (5.0 peratus).
Bagi 2025, ekonomi negara dijangka terus kukuh dengan sokongan daripada pasaran buruh yang stabil, pelaksanaan projek pelaburan utama, dan peningkatan eksport dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)