PRESTASI EKONOMI MALAYSIA PADA SUKU TAHUN KEDUA 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia menerbitkan statistik Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Suku Tahun Kedua 2020 (ST2 2020) yang memaparkan prestasi ekonomi Malaysia secara menyeluruh.
KDNK Malaysia menyusut 17.1 peratus daripada pertumbuhan marginal 0.7 peratus pada suku tahun pertama 2020.
Prestasi suku tahun ini merupakan pertumbuhan KDNK terendah yang direkodkan sejak suku tahun keempat 1998 (-11.2%).
Dari segi pengeluaran, pertumbuhan negatif direkodkan oleh semua sektor kecuali sektor Pertanian.
Sektor Perkhidmatan dan Pembuatan masing-masing merekodkan pertumbuhan negatif 16.2 peratus dan 18.3 peratus.
Pembinaan menyusut 44.5 peratus manakala Perlombongan & pengkuarian merosot 20.0 peratus. Dari segi permintaan, semua komponen permintaan akhir menyusut kecuali Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan yang mencatatkan pertumbuhan positif 2.3 peratus. Perbelanjaan penggunaan akhir swasta merosot 18.5 peratus,
Pembentukan modal tetap kasar menyusut 28.9 peratus, Eksport jatuh 21.7 peratus sementara Import menguncup 19.7 peratus.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, penyusunan KDNK suku kedua 2020 telah ditambahbaik dengan penambahan anggaran KDNK bulanan bagi mengukur prestasi ekonomi semasa.
Initiatif penyusunan statistik baharu ini akan memberikan data yang lebih bermaklumat untuk pengguna.
Berdasarkan anggaran KDNK bulanan, kemerosotan ketara berlaku dalam kesemua sektor pada April 2020 yang menyebabkan KDNK merosot 28.6 peratus.
Namun, prestasi pada Mei bertumbuh lebih baik kepada negatif 19.5 peratus dan terus mencatatkan penguncupan lebih rendah kepada Jun kepada negatif 3.2 peratus.
Penguncupan yang lebih perlahan bagi bulan Jun berlaku pada semua sektor terutamanya sektor pembuatan dan \pertanian masing-masing mencatatkan pertumbuhan positif 4.5 peratus dan 11.0 peratus, sementara sektor lain mencatatkan pertumbuhan yang perlahan (pembinaan: -12.7%, perlombongan & pengkuarian: -16.4% dan perkhidmatan: -6.0%).
Pada bulan Jun 2020, prestasi eksport Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19 dengan mencatatkan pertumbuhan positif 8.8 peratus kepada RM82.9 bilion dengan mencapai lebihan dagangan sebanyak RM20.9 bilion, iaitu nilai terbesar yang pernah direkodkan. Sementara itu, pada Mei 2020 perdagangan Malaysia menguncup sebanyak 27.8 peratus tahun ke tahun.
Mengulas lanjut prestasi KDNK suku kedua 2020, Dr Mohd Uzir Mahidin menjelaskan, penyusunan KDNK dibuat dengan terperinci melibatkan industri spesifik mengikut Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia (MSIC).
Sebanyak 735 industri merekodkan pertumbuhan negatif (ST12020: 381 industri) dengan sumbangan nilai ditambah sebanyak 68.5 peratus (RM176.1 bilion).
Nilai ditambah bagi 735 industri telah menyusut ketara 27.4 peratus berbanding suku tahun kedua 2019.
Sebaliknya, hanya 260 industri mencatatkan pertumbuhan positif (ST12020: 617 industri) dengan sumbangan nilai ditambah sebanyak 31.4 peratus (RM110.2 bilion).
Sektor berorientasikan pelancongan merupakan antara sektor yang merosot seperti industri perkhidmatan makanan, minuman dan penginapan, perkhidmatan agensi pelancongan, pengangkutan, penganjuran persidangan, rekreasi dan sukan ekoran sekatan perjalanan dan penutupan sempadan negara.
Perbelanjaan pelancong asing menyumbang lebih 50 peratus kepada sektor pelancongan negara.
Indikator lain seperti jumlah jualan dan pendaftaran kenderaan telah menyusut mendadak bagi bulan April dan Mei 2020 dan memberi kesan kepada prestasi segmen kenderaan bermotor bagi suku tahun kedua 2020.
Walau bagaimanapun, inisiatif kerajaan yang memperkenalkan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang Completely Knocked Down (CKD) dan 50 peratus bagi model Completely Built-Up (CBU) memberikan kelebihan kepada pemulihan prestasi segmen ini.
Dr Mohd Uzir Mahidin turut menyatakan bahawa suku tahun kedua 2020 merupakan tempoh yang amat mencabar kepada ekonomi negara.
Keutamaan usaha Kerajaan adalah memelihara kesihatan dan keselamatan penduduk Malaysia yang merupakan aset penting negara.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk membendung penularan wabak COVID-19 telah menunjukkan kesan kepada aktiviti ekonomi Malaysia.
Sebagai sebuah ekonomi terbuka, darjah keterbukaan ekonomi Malaysia ialah 123.0 peratus iaitu antara yang tertinggi di dunia.
Ia dijelaskan dengan peratusan jumlah dagangan barangan dan perkhidmatan kepada KDNK. Prestasi KDNK suku kedua turut menerima kesan daripada sektor luaran yang melemah susulan penularan wabak COVID-19 di 210 buah negara.
Justeru, kelemahan permintaan ini telah memberi kesan kepada pengeluaran industri pembuatan berorientasikan eksport yang merosot
13.5 peratus membentuk 71.0 peratus nilai ditambah sektor Ppembuatan. Jumlah perdagangan bagi suku tahun ini merosot 14.7 peratus berbanding suku tahun kedua 2019.
Pertumbuhan suram perdagangan Malaysia ini juga dapat dilihat berdasarkan jumlah transaksi di mana 7.9 juta transaksi direkodkan pada suku tahun kedua 2020 berbanding 11.4 juta transaksi bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Mengulas situasi pasaran buruh, Ketua Perangkawan Malaysia itu juga berkata: “Pada suku tahun ini, penggunaan tenaga buruh yang merupakan salah satu daripada faktor-faktor pengeluaran dalam ekonomi masih belum mencapai tahap optimum berikutan operasi perniagaan baru secara berperingkat lanjutan daripada pelaksanaan PKP."
Prestasi pengeluaran yang perlahan berikutan permintaan yang rendah terhadap tenaga buruh telah memberi kesan kepada pasaran buruh negara.
Bilangan penduduk bekerja pada suku tahun ini turun 1.3 peratus kepada 14.88 juta orang berbanding suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
Dalam hal ini, pengurangan kecil dalam penduduk yang bekerja berbanding kemerosotan ketara KDNK dilihat sebagai impak positif pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan antaranya melalui program pemberian subsidi gaji dan upah dalam usaha mengekalkan pekerja.
Beliau juga berkata: "Walaupun perniagaan cenderung ke arah penggunaan teknologi, aktiviti ekonomi di Malaysia sebahagian besarnya adalah industri berasaskan buruh. Ini telah digambarkan daripada keadaan pasaran buruh semasa di mana lebih daripada separuh pekerjaan dan kekosongan merupakan kategori separuh mahir.
"Tambahan pula, 48.4 peratus daripada pekerjaan berada dalam perusahaan kecil dan sederhana. Dengan ini, kerja jarak jauh atau bekerja dari rumah semasa PKP merupakan satu cabaran dan perniagaan memerlukan sedikit masa untuk penyesuaian norma baharu."
Menurut beliau lagi, Indeks Pelopor pada Mei 2020 memberikan signal peningkatan selari dengan pembukaan semula aktiviti perniagaan semasa PKPB bermula daripada 4 Mei 2020 setelah aktiviti ekonomi “dibekukan” pada bulan sebelumnya.
Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek untuk mengurangkan kesan COVID-19 dijangka meredakan kelembapan ekonomi dan ekonomi secara beransur-ansur meningkat pada suku tahun ketiga 2020.
Ketepatan masa dan data diperlukan untuk mewujudkan polisi yang efektif berasaskan fakta. Saya berharap maklumat dalam keluaran ini amat berguna dan akan memberi manfaat kepada semua masyarakat Malaysia.
Dikeluarkan oleh:
PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
14 OGOS 2020
Kenyataan Media
Fri Aug 14 2020

KDNK Malaysia menyusut 17.1 peratus daripada pertumbuhan marginal 0.7 peratus pada suku tahun pertama 2020. - Gambar hiasan BERNAMA

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

China kenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk import dari AS
China akan mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa 10 Mac, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Negeri pada Selasa, lapor Xinhua.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kastam patahkan 7,215 kes penyeludupan libat nilai rampasan, cukai RM1.6 bilion sepanjang 2024
JKDM mematahkan 7,215 kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM1.644 bilion.

WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.

Kastam Perlis rampas barangan tidak bercukai, dadah bernilai lebih RM13 juta
Pencapaian itu hasil kerjasama strategik antara unit, cawangan dan bahagian JKDM melalui pelaksanaan pendekatan Cekap, Tangkas dan Berintegriti (CTI).

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.

Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, ayam beku lebih RM1.3 juta di Sabah
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menggalkan cubaan menyeludup minuman keras dan ayam sejuk beku bernilai RM1.32 juta dalam empat siri rampasan berasingan baru-baru ini.