KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kewajaran tambahan peruntukan sebanyak RM482 juta kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), iaitu peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding tahun lalu.
Beliau menarik perhatian kepada lantikan-lantikan politik seperti Duta Khas ke Asia Barat, China, Korea, Taiwan dan Jepun yang disifatkannya sebagai tidak relevan ketika negara berdepan dengan COVID-19.
"Dilihat pada senarai penjawatan di JPM sahaja, penasihat media dan komunikasi, penasihat khas ekonomi, pejabat urusan khas utusan khas China, penasihat khas mengenai kesihatan awam, pejabat Duta Khas Jepun, Republik Korea dan Taiwan.
"Saya nak tanya apa peranan Kementerian Luar, bila kita terpaksa lantik dan bebankan rakyat dan negara dengan jumlah pengurusan yang tinggi?" soalnya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di sini, pada Isnin.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, pertambahan yang ketara itu menyaksikan pertindihan dengan peranan yang mampu dilakukan oleh Kementerian Luar dan duta besar di seluruh negara.
Katanya, dalam membincangkan soal COVID-19, keprihatinan itu tidak setimpal dengan bayaran upah kepada jawatan yang tidak berkesan.
"Dalam COVID-19 ini, ke mana duta-duta khas ini pergi? Semua di Kuala Lumpur," ujarnya.
Selain itu beliau turut mempersoalkan mengenai pertambahan peruntukan sebanyak RM181 juta kepada kakitangan kontrak.
"Peningkatan RM181 juta untuk pegawai kontrak politik di bawah JPM, saya nak tanya apa hubungan lantikan ini dengan derita rakyat ketika COVID-19?" tambahnya.
Umavathi Ramayah
Mon Nov 30 2020
Anwar Ibrahim berkata, pertambahan yang ketara itu menyaksikan pertindihan dengan peranan yang mampu dilakukan oleh Kementerian Luar dan duta besar di seluruh negara. - Gambar fail/Astro AWANI
Hujan berterusan dijangka landa Sarawak sehingga Rabu
Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Rabu.
AWANI Ringkas: Kedaulatan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
23 pengadil negara terima lencana Pengadil FIFA 2025
FAM mengesahkan seramai 23 pengadil negara telah dipilih oleh Panel Pengadil Antarabangsa FIFA untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2025.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
Kilang kitar semula musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang barangan kitar semula di kawasan Perindustrian Ringan Alma, di Bukit Mertajam musnah akibat kebakaran malam tadi.
APM minta orang ramai patuh amaran bendera merah di Pantai Air Papan
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran Pantai Air Papan di Mersing.
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.
Bintang Meteor Garden, Barbie Hsu meninggal dunia akibat pneumonia
Hsu terkenal dengan peranannya dalam "Meteor Garden" pada 2001, menjadikannya bintang besar di Malaysia, Filipina, Indonesia, dan Thailand.
Mahkamah tolak bantahan awal, bicara kes abai Zayn Rayyan mula petang ini - Hakim
Mahkamah Sesyen menolak bantahan awal pihak pembelaan yang menyatakan pertuduhan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin adalah defektif atau cacat.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat pada 19 Jan lepas.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
PM Anwar seru rakyat tumpu kepentingan negara
Beliau berkata Malaysia juga harus menjadi negara contoh perpaduan kaum yang baik.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.