KUALA LUMPUR: Penyelesaian keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, diharap dapat meningkatkan fokus kerajaan dalam urusan pentadbiran, bagi mengembalikan negara ke landasan yang benar.
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selain itu ia juga dapat memberi memberikan tanggapan positif kepada masyarakat luar serta meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara ini.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, ketidakstabilan politik yang terjadi kepada negara sebelum ini, sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kadar pelaburan asing yang datang ke Malaysia.
“Kadang-kadang anggapan dan tanggapan masyarakat antarabangsa bahawa ketidakstabilan politik di sini, telah pun sedikit sebanyak memberi kesannya terhadap pelaburan untuk datang ke negara kita.
“Kita yakin (keabsahan PM) ini dapat terus membantu bukan hanya menstabilkan politik, bahkan dari segi ekonomi. Negara kita dapat memberi tumpuan kepada pengurusan masalah, contohnya bukan setakat kehidupan rakyat, tetapi juga pengangguran, inflasi, barang makanan serta masalah banjir,” ujarnya.
PANTAU KERAJAAN BAHARU, SEMUA ANDA PERLU TAHU ADA DI SINI
Beliau bercakap demikian kepada pemberita di Lobi Parlimen selepas menghadiri hari kedua sesi Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Menyentuh mengenai kelulusan mini bajet, Mohd Shafie berkata, usul yang dibentangkan Anwar itu tidak ada keperluan untuk dibahaskan kerana ia adalah berkaitan emolumen pegawai kerajaan serta pengurusan pentadbiran.
“Kalau kita tidak beri kelulusan kepada perbelanjaan, bukan hanya tanggungan rakyat yang ada, tapi pengurusan kerajaan dan ini akan membantu pengurusan kerajaan yang ada.
“Sebahagiannya (dari bajet mini) itu kita katakan daripada segi projek sambungan sudah diluluskan dalam Belanjawan (Belanjawan 2022) dahulu, cuma projek henndak dilaksanakan itu bukan projek baharu.
“Bila ada projek baru perlu perbahasan. Tapi, kerana disebut Menteri Kewangan (Anwar), tiada projek baru. Ini projek tahun 2022 yang sudah diluluskan oleh pemerintahan dahulu. Jadi, kita nak tunggu sesi penerangan Kementerian, mungkin ada projek untuk lima atau sepuluh tahun lalu,"
Jadi kita perlu move forward,” tegasnya.
Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.
Keputusan itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan khas untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107,718,676,650. Jumlah ini merangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa.
Turut terkandung dalam bajet itu adalah bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.
Firdaus Azil
Tue Dec 20 2022

Shafie berkata, keabsahan Anwar mampu memberi tanggapan positif kepada masyarakat luar, serta meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara. - Gambar fail
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

GRS perlu henti salahkan orang lain, selesai krisis air Sabah - Shafie Apdal
Gabungan Rakyat Sabah diminta berhenti menyalahkan orang lain terutama rakyat sebaliknya bersungguh menyelesaikan isu air di Sabah.

Isu rumah Bajau Laut: 'Boleh roboh, jangan bakar' - Shafie
Tindakan penguat kuasa merobohkan rumah yang dibina masyarakat Bajau Laut di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna disifatkan langkah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan setempat.

Mustahil PM dapat atasi miskin tegar di Sabah sebelum akhir Julai - Shafie Apdal
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai ini tidak dapat dilaksanakan.

Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.

Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.

Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.

Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.

Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.