KUALA LUMPUR: Seramai 36,191 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat ini berikutan banjir yang melanda sejak beberapa hari lalu.
Di JOHOR, keadaan banjir tidak menunjukkan sebarang perubahan positif, namun jumlah mangsa menurun sedikit kepada 32,870 orang setakat 4 petang, berbanding 33,149 orang 8 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan terdapat dua lagi PPS dibuka menjadikan jumlah keseluruhan 219 PPS beroperasi di kesemua 10 daerah dengan Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 12,258 orang dari 3,511 keluarga dipindahkan ke 78 PPS.
"Diikuti Kluang 5,251 orang dari 1,528 keluarga di 39 PPS; Batu Pahat 4,491 dari 1,215 keluarga di 25 PPS; Kota Tinggi 3,431 dari 923 keluarga di 20 PPS; Muar 2,853 dari 832 keluarga di 18 PPS dan Tangkak 2,186 dari 598 keluarga di 20 PPS," katanya.
Turut terjejas, Johor Bahru dengan 1,218 orang dari 357 keluarga di enam PPS; Mersing 768 dari 228 keluarga di lapan PPS; Pontian 361 dengan 90 keluarga di empat PPS dan Kulai 53 dari enam keluarga di satu PPS.
Di PAHANG, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan jumlah mangsa banjir terus meningkat petang ini selepas 2,183 mangsa ditempatkan di 23 PPS berbanding 2,031 mangsa yang berada di 30 PPS pagi tadi dengan mangsa di Rompin kekal tertinggi iaitu 1,821 orang diikuti Maran (137 orang), Pekan (106 orang), Temerloh (90 orang) dan Bera (29 orang).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri pula memaklumkan PPS di Raub dan Jerantut yang masing-masing menempatkan 68 dan 96 mangsa pagi tadi telah ditutup.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 162 orang daripada 40 keluarga pada 2 petang ini berbanding 144 mangsa daripada 35 keluarga pada 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam satu kenyataan berkata jumlah mangsa banjir di Alor Gajah kekal 12 orang membabitkan enam keluarga dan kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan (PPS) Balai Raya Bukit Tambun.
"Di daerah Jasin pula, jumlah mangsa banjir yang terjejas meningkat kepada 150 orang daripada 34 keluarga berbanding 132 mangsa daripada 29 keluarga pagi tadi. Kesemua mangsa yang terjejas di Jasin ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Chohong, SK Seri Mendapat dan SK Parit Penghulu," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan sebanyak 36 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS SK Chohong manakala 36 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Mendapat dan 78 mangsa daripada 19 keluarga, dipindahkan ke SK Parit Penghulu.
Di Jasin, sembilan kawasan dinaiki air iaitu Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Sempang Bekoh, Kampung Tersusun Seri Mendapat, Kampung Janda Berhias, Kampung Parit Penghulu dan Kampung Tasik.
Di NEGERI SEMBILAN, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 938 mangsa daripada 272 keluarga di sembilan PPS setakat pukul 1.30 tengah hari berbanding 1,061 mangsa daripada 301 keluarga pagi tadi.
Ia membabitkan Tampin dan Jempol dengan Jempol merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 796 individu.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir di kawasan Engkelili dan Julau menurun kepada 38 orang daripada 17 keluarga petang ini berbanding 43 orang daripada 18 keluarga pagi tadi.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat ini sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka.
PPS Dewan Johnical Rayong di Engkelili menempatkan 24 mangsa daripada 12 keluarga manakala PPS Komplek Sukan Julau menempatkan 14 mangsa daripada lima keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Keadaan banjir di Johor tidak menunjukkan sebarang perubahan positif, namun jumlah mangsa menurun kepada 32,870 orang setakat 4 petang. -Gambar fail/Bernama
Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.
Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.
Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.
Polis rakam keterangan wanita dakwa bakal kahwin Tengku Hassanal
Polis telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil di Greece
Sekolah-sekolah di Pulau Santorini Greece, destinasi pelancongan popular di Laut Aegean, ditutup pada Isnin ketika pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan beberapa siri gempa bumi pada hujung minggu.
Program Anak Kita berjaya pastikan murid tercicir kembali ke sekolah
Timbalan Menteri Pendidikan berkata Program Anak Kita anjuran KPM dengan kerjasama Unit Pantau MADANI, Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah dan Pertubuhan Masyarakat Sivil dan Awam berjaya memastikan murid tercicir kembali ke sekolah
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Subsidi, logistik elemen penting stabilkan harga kelapa semasa Thaipusam - Presiden KLSICCI
Memastikan harga stabil untuk barangan makanan asas seperti kelapa pada musim perayaan memerlukan sokongan berterusan melalui subsidi dan langkah-langkah logistik.
Presiden Uzbekistan lakukan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 4 dan 5 Feb, menandakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Disember 2016
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Malaysia menyertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan ke Gaza yang diterajui Jordan, menegaskan komitmennya untuk menyokong usaha bantuan untuk rakyat Palestin.
[TERKINI] Pembantu tukang jahit mengaku salah hina agong, didenda RM4,000
Seorang pembantu tukang jahir didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam platform media sosial Facebook Disember lalu.
Mangsa banjir di Sarawak menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 9,039 orang yang ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian setakat pagi ini berbanding 9,314 malam tadi.
JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.
Banjir: Rumah panjang Malo seakan 'pulau' dikelilingi air hampir sebulan
Dikelilingi air sejak hampir sebulan, rumah panjang Malo yang terletak di Nanga Penyarai kini seakan pulau kecil yang terasing.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Penduduk diminta berpindah susulan amaran banjir di utara Australia
Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan dan menggesa penduduk mempertimbangkan untuk berpindah susulan banjir.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi terlibat hadapi bencana - Ahmad Zahid
Kerajaan menyediakan peruntukan awal kepada semua negeri dan agensi tindak balas bagi tujuan pengoperasian semasa Monsun Timur Laut 2024/2025.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.