Keadaan jerebu yang berterusan di Port Dickson sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan apabila orang ramai mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti di luar rumah termasuk membeli makanan di luar.
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi perniagaan seperti gerai makanan dan cenderahati di Teluk Kemang mendapati tidak ramai yang mengunjungi kawasan berkenaan malah gerai-gerai banyak ditutup berikutan kebanyakan orang memilih untuk tinggal di rumah.
Seorang pemilik kedai pakaian Johan Sani, 69, berkata jerebu yang melanda daerah ini agak menjejaskan perniagaannya kerana tidak ramai pengunjung yang datang membeli pakaian di kedai miliknya berbanding pada waktu-waktu sebelum ini.
Katanya, sebelum fenomena jerebu melanda, beliau meraih pendapatan sekitar RM300 sehingga RM400 sehari namun kini hanya memperoleh puluhan ringgit sahaja.
"Sejak jerebu kebelakangan ini, hasil pencarian saya sangat merudum disebabkan orang ramai tidak berkunjung ke kedai, kalau diikutkan pada hari bekerja juga ramai pengunjung yang hadir tetapi kali ini tidak lagi dengan keadaan cuaca yang sebegini," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, peniaga makanan Fazlina Hanif, 38, berkata perniagaannya terjejas kira-kira 60 peratus akibat jerebu yang melanda sejak awal bulan ini.
"Selalunya saya mendapat keuntungan RM2,000 untuk satu hari tetapi kebelakangan ini hanya meraih keuntungan bawah RM1,000, ini keuntungan yang paling teruk pernah saya alami sepanjang tahun ini," katanya.
Seorang lagi peniaga makanan Amirah Zainal, 31, beliau melihat keadaan jerebu pada kali ini lebih teruk berbanding tahun lepas kerana pada masa itu masih ada pengunjung yang datang makan di gerainya.
"Kalau keadaan ini terus berlarutan, ia akan menjejaskan pendapatan peniaga di kawasan ini, kemungkinan juga semakin hari tiada pengunjung yang akan datang melawat kawasan ini akibat jerebu," katanya.
Setakat pukul 7 pagi ini, Port Dickson dan Seremban merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu masing-masing 163 dan 173 manakala Nilai merekodkan IPU sangat tidak sihat iaitu 211.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 18 2019
Penunggang motor dilihat memakai topeng muka untuk melindungi diri dari jerebu tebal ketika tinjauan di sekitar Port Dickson semalam, 17 Sept, 2019. --fotoBERNAMA
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Cuaca panas: Hadkan aktiviti luar, ambil langkah berjaga-jaga
Orang ramai dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti luar berikutan negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei lepas yang menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.
Penduduk perlu peka cuaca semasa sebelum lakukan aktiviti luar - Pengarah Kesihatan Pahang
Orang ramai dinasihat tidak melakukan aktiviti luar sekiranya cuaca terlalu panas, selain pastikan pengambilan air yang mencukupi.
Cuaca panas: Ibu bapa digalak buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar - Fadhlina
Aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).
Cuaca panas: Orang ramai dinasihat elak pakaian tebal, ketat ketika aktiviti luar
Jika ada gejala berkaitan suhu panas, segera keluar daripada kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah pada badan.
Cuaca panas: KKM nasihat aktiviti luar kelas ditangguh sementara
KKM menyarankan supaya aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan sementara waktu di lokasi yang berstatus cuaca panas tahap satu.
Ombak besar, Pulau Pangkor tangguh aktiviti laut
Rakaman video menunjukkan laut bergelora menghasilkan ombak lebih besar berbanding situasi biasa hingga melimpah ke laluan kenderaan.
Cuaca panas: Johor arah sekolah tangguh sementara aktiviti luar bilik darjah
Arahan berhubung perkara itu dikeluarkan kerajaan negeri kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dua hari lepas.
Cuaca panas: Sekolah perlu hentikan aktiviti luar bilik darjah
Pihak sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini.
Tip kekal cergas ketika cuaca panas
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan mengurangkan aktiviti luar.