INSIDEN terbaharu yang membunuh kanak-kanak sekolah rendah di Kelantan tiga hari lalu ketika menaiki bas sekolah adalah sesuatu yang amat memeritkan untuk diterima.
Arwah Wan Mohammed Adam Mohd Suria adalah harapan kita untuk Malaysia yang lebih baik di masa depan.
Dia adalah bakal imam. Mana tahu dia mungkin adalah saintis terkemuka negara kelak, seorang bakal CEO atau mampu menjadi seorang ‘techpreneur’ seperti Steve Jobs yang akan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat Malaysia pada masa akan datang?
Adam terkorban ketika dalam perjalanan untuk menimba pengetahuan, gugur di dalam usaha untuk meningkatkan lagi pengetahuan di dalam Bahasa Inggeris yang akan membantu Arwah untuk hadapi peringkat yang lagi luas pada tahun-tahun mendatang.
Kematiannya sudah tentu boleh dielakkan. Kita pasti telah dengar alasan ‘cliché’ apabila nahas jalan raya berlaku - takdir atau qada dan qadar, kata orang.
Kematian Adam sebenarnya boleh dihalang
Ini adalah kematian yang tidak masuk akal. Mesej sudah jelas. Semua agensi kerajaan harus berkerja ke satu arah agar perkara ini tidak berulang.
Sudah tiba masanya pihak berkuasa seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan berserta Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik di bawah Polis Diraja Malaysia untuk senada seirama.
Malahan, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Penolong Superintendan Mohd Azmir Damiri telah dilaporkan berkata, “bas tersebut tidak sepatutnya digunakan lagi kerana lantainya sudah reput.”
Jadi, tanggungjawab siapakah itu? Kadang kala selepas nahas jalan raya yang membunuh atau mencederakan ramai orang, ada juga alasan yang berulang oleh pemandu bas atau lori mengenai kegagalan brek, seperti contohnya.
Adakala kita mendengar cerita dari pemandu tentang ketidakupayaan brek kerana beban yang berlebihan ketika perjalanan jauh atau disebabkan oleh penyelenggaraan kenderaan yang tidak konsisten.
Untuk memastikan kenderaan berat terus berada dalam keadaan memuaskan, saya ingin bertanya satu soalan – adakah ia hanya tanggungjawab pemandu?
Di sini, pihak berkuasa harus bertindaka memberi mesej sifar toleransi terhadap semua pengendali pengangkutan komersil dan pengangkutan awam iaitu semua yang terlibat perlu memastikan kenderaan – mekanikal, enjin dan ruang dalaman - berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
Pengendali pengangkutan tidak harus bersifat lewa dengan mengambil mudah integriti kenderaan yang boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada penumpang semasa dalam perjalanan.
Bagi saya, ia bukan tugas atau tanggungjawab pemandu bas sahaja untuk memastikan badan bas sentiasa utuh, tiada 'lubang hitam' di permukaan bas atau brek sentiasa dalam keadaan baik.
Dalam kalangan para pengusaha pengangkutan telah lama menyedari bahawa penyelenggaraan kenderaan adalah tanggungjawab pemilik kenderaan atau di dalam hal ini, pengendali pengangkutan.
Jika pihak berkuasa berhasrat memberikan keadilan kepada Adam dan keluarganya, sudah tiba masanya pihak berwajib mengheret pemilik bas atau syarikat bas ke mahkamah bagi kes lantai reput di Kelantan. Jika ini berlaku, ia bakal menjadi kali pertama dalam sejarah seorang pengendali pengangkutan didakwa kerana cuai.
Selama ini, tidak sekali pun pihak berkuasa mendakwa pengendali pengangkutan komersial ke mahkamah selepas nahas jalan raya.
Saya ulangi, sehingga ke hari ini tiada pemilik kenderaan - syarikat atau pengendali - telah menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana keadaan kenderaan yang tidak memuaskan sebagai faktor yang menyumbang kepada nahas di jalan raya.
Menurut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan di bawah peraturan permit termasuk juga kod iCOP SHE, syarikat pengangkutan boleh dikenakan tindakan di mahkamah kerana kecuaian atau kegagalan mematuhi garis panduan keselamatan.
Namun, jika kali ni pemandu bas masih dikenakan tindakan seperti lazimnya, ini adalah sesuatu yang sukar diterima. Saya harus katakan di sini kematian seorang budak lelaki berusia 12 tahun dua hari lalu adalah bukan di bawah ruang lingkup pemandu.
Apa yang berlaku di atas jalan raya Kampung Kancis, Pasir Puteh bukanlah satu kisah perlanggaran di antara dua buah kenderaan atau kerana pemanduan melulu di laluan berbukit atau disebabkan kesan hentakan dengan kenderaan lain mahu pun perlanggaran dengan pokok atau jatuh menjunam ke dalam parit.
Seorang pelajar lelaki darjah enam ‘disedut’ ke bawah kenderaan dan digilis di jalan raya kerana lantai di dalam bas reput, aduhai! Jadi sekarang ini - siapakah yang harus memikul tanggungjawab itu?
* Shahrim telah menulis mengenai kisah pengangkutan awam, arena automotif dan isu keselamatan jalan raya sejak 10 tahun yang lalu dan juga merupakan ‘Fellow Safety 2018’ di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) & Pusat Kewartawanan Antarabangsa (ICFJ) serta Penerima Anugerah Khas bagi Keselamatan Jalan Raya dari Asean NCAP pada 2016.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Shahrim Tamrin
Mon Jul 08 2019
Arwah Wan Mohammed Adam Mohd Suria adalah harapan kita untuk Malaysia yang lebih baik di masa depan. - Gambar fail
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
MyHSR Corp lancar tender lantik perunding
Ini selaras dengan langkah kerajaan untuk menyambung semula perbincangan mengenai projek itu, seperti yang diumumkan pada Mei tahun ini.
Keadilan untuk Adam, sila heret operator pengangkutan ke mahkamah ...!
Insiden terbaharu yang membunuh kanak-kanak sekolah rendah di Kelantan dua hari lalu ketika menaiki bas sekolah adalah sesuatu yang amat memeritkan untuk diterima.
Seorang lelaki ditahan dalam Ops Ulat di Terminal One
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan selepas didapati menawarkan khidmat menjual tiket di luar kaunter tiket.