Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah bahawa keamanan sejagat bukanlah dikecapi dalam masa sehari, namun memerlukan usaha secara kolektif daripada semua pihak.
Baginda bertitah, sebuah komuniti global juga perlu ditubuhkan dalam usaha mencapai sasaran keamanan sejagat yang menghubungkan di antara kerajaan dan masyarakat setempat.
Titah baginda, keamanan sejagat juga harus dibentuk dengan menjalinkan 'jambatan' atau hubungan dua hala yang menyatukan kedua-dua pihak baik kerajaan dan rakyat, satu imej yang digemari baginda.
“Jambatan ini, perlu dibina dari dalam di antara pemimpin dan mereka yang di bawah pimpinan mereka, dan dari luaran, dari diri mereka masing-masing di antara kita dan semua dari barat.
“Jambatan itu perlulah teguh, dan saling mengukuhkan di antara satu sama lain. Bersama-sama, ianya boleh menyumbang kepada pengurangan dalam faktor utama konflik dan memastikan dunia yang lebih aman di masa depan.
“Kepercayaan dan keterangkuman, Beta percaya, adalah amat penting kepada perlaksanaan keamanan global, baik di peringkat lokal, kebangsaan dan juga peringkat antarabangsa,” titah baginda ketika berkenan merasmikan World Conference on Islamic Thought and Civilisation (WCIT) di Hotel Casuarina @ Meru pada pagi Isnin.
Baginda bertitah, berdasarkan perkongsian statistik diberikan pada awal titah impian untuk menubuhkan sebuah komuniti global yang harmoni tampak seperti masih jauh namun ianya bukanlah perkara yang mustahil atau tidak boleh dicapai.
“Tapi saudara dan saudari, kita mesti mulakannya, justeru itulah marilah kita mulakannya dengan membayangkan seperti dilakukan oleh John Lennon, 'Imagine all the people, living life in peace. Imagine all the people, sharing all the world'."
“Marilah kita mulakannya dengan mempercayai satu sama lain, dan hidup secara bersama dengan mengamalkan amanah dan ta’ayush,” titah baginda lagi.
Sultan Nazrin juga bertitah, berdasarkan laporan daripada Insitut Ekonomi dan Keamanan (IEP), trend keseluruhan menunjukkan penurunan di mana keamanan dunia telah berkurangan berbanding 10 tahun lepas.
Titah baginda, keganasan mewakili ancaman yang besar dan giat kepada keharmonian antarabangsa, menyebarkan ketakutan dan ketidakpercayaan selain menimbulkan kesengsaraan kepada individu dan komuniti.
“Berdasarkan laporan oleh Indeks Keamanan Global untuk tahun 2017, terdapat peningkatan sebanyak 247 dalam bilangan kematian disebabkan keganasan sepanjang 10 tahun lepas, dan tiada tanda-tanda bahawa masalah tersebut akan berkurangan.
“Antara faktor penting yang menyumbang kepada penurunan di dalam 10 tahun ini juga adalah krisis pelarian yang teruk, yang telah berkembang sejak satu dekad yang lalu, disebabkan oleh konflik domestik, keganasan politik dan pendakwaan keagamaan.
“Ketika kita merenungkan kesemua ketidakadilan ini, dan cabaran dalam keamanan di dunia, kita juga perlu mengambil seketika dan bertanya kepada diri sendiri, apakah itu keamanan global? Apakah yang dimaksudkan dengan keamanan,” titah baginda.
Baginda bertitah, seperti yang diperkatakan oleh penggerak keamanan dunia, termasuk Martin Luther King Jr, dan mantan Presiden Amerika Barack Obama, mereka bersetuju bahawa keamananan bukanlah bermaksud ketiadaan peperangan semata-mata.
“Beta merasakan bahawa keamanan juga bermakna ketiadaan kemahuan, dan ketakutan. Keamanan itu adalah kebebasan beragama, dan rasa hormat kepada budaya berbeza. Keamanan itu adalah penerimaan, pemahaman dan meraikan perbezaan dari pelbagai bentuk.
“Pada saat kita mencapai sasaran dalam keamanan global, kita mesti sentiasa mengamalkan dua prinsip Islam ini, kepercayaan atau amanah atau hidup bersama dengan mengamalkan simpati , ta’ayush, bukan sahaja untuk membasmi konflik, tetapi juga mewujudkan komuniti yang lebih dipercayai dan inklusif di mana setiap individu dihargai dan dihormati.
WCIT
Baginda juga yakin terhadap persidangan yang akan mengumpulkan ahli pemikir Islam tersohor dan juga penulis bukan Islam selama beberapa hari di Hotel Casuarina Meru tersebut.
“Beta mempunyai kepercayaan yang ianya akan memulakan perbualan produktif, mengilhamkan persoalan yang berwawasan dan merungkai beberapa jawapan dalam usaha kolektif untuk mencapai keamanan global.
“Mungkin tiada satu penyelesaian dalam masa sehari, tetapi dengan bimbingan prinsip Islamik yang teras secara toleransi dan kerangkuman, beta percaya semua di sini akan menghasilkan perkembangan yang benar, berharga sepanjang konferensi ini.
“Islam adalah sebuah agama yang berteraskan keamanan, baik secara literal dan kerohanian, dan beta percaya bahawa WCIT keempat ini akan membantu dalam membina sebuah komuniti global yang saling percaya, inklusif dan yang paling utama, komuniti yang aman,” titah baginda
Nazialita Geynna Maharan
Mon Nov 20 2017

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah merasmikan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia 2017 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) hari ini. - Foto BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ketua PBB seru kemajuan muktamad ke arah penyelesaian dua negara, gencatan senjata di Gaza
Guterres menekankan keperluan mendesak untuk mencapai keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.

Maharaja Jepun harap 2025 menjadi tahun didedikasi untuk bina keamanan
Baginda turut menekankan bahawa 2025 akan menandakan ulang tahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.

Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.

Khaled, Marles ulangi kebimbangan terhadap perkembangan di Laut China Selatan
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menekankan kepentingan kebebasan pelayaran dan penerbangan mengikut undang-undang antarabangsa.

Iran pilih keamanan tetapi sedia untuk sebarang senario - Menteri Luar
"Perluasan konflik di rantau ini adalah ancaman serius; kami menyokong keamanan, tetapi kami juga bersedia untuk sebarang senario."

'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.

Ketua tentera Myanmar seru pulihkan keamanan untuk tarik semula pelancong
Ketua tertinggi tentera Myanmar meminta pengusaha pelancongan untuk mempromosi pelancongan yang selamat dengan tema "Pelancongan dan Keamanan".

Malaysia komited untuk memudah cara dialog damai di Selatan Thailand
Malaysia komited bekerjasama dengan Thailand dan semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian yang berkekalan dan diterima oleh semua pihak.