ASEAN yang ditubuhkan pada tahun 1967 adalah sebuah pertubuhan serantau yang mempunyai pengaruh signifikan terhadap kestabilan di rantau Asia Tenggara.
Pada ketika awal pembentukannya, ASEAN hanya dianggotai lima buah negara sahaja iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. Ketika awal pembentukan ASEAN juga, ia dianggap sebagai sebuah blok politik yang pro kepada Amerika Syarikat, sementelah pada ketika itu struktur antarabangsa bersifat bipolar dengan Kesatuan Soviet sebagai pesaing utama Amerika Syarikat sebagai dua buah kuasa politik dan ekonomi antarabangsa.
Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman, ASEAN terus mengorak langkah dengan pertambahan keanggotaan negara-negara di rantau Asia Tenggara dan sehingga kini terdapat 10 buah negara yang telah menyertai pertubuhan serantau ini.
Myanmar, Laos dan Kemboja adalah negara terbaru yang menganggotai ASEAN pada 1997. ASEAN secara rasminya keluar imej pro Barat masa kini kerana ia memfokuskan kepada kerjasama multilateral antara negara anggota dan bersifat berkecuali.
Keanggotaan negara-negara di rantau Asia Tenggara ke dalam ASEAN mempunyai kesan yang sangat baik kepada organisasi serantau tersebut dan negara-negara anggota itu sendiri.
Walaupun ASEAN bukan sebuah organisasi bersifat pakatan pertahanan, tetapi kerjasama serantau yang melibatkan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan membawa kesan positif jangka masa panjang kepada semua negara anggota. Seterusnya menjamin usaha menjadikan negara-negara rantau Asia Tenggara sebagai negara kuasa pertengahan yang penting dalam struktur antarabangsa secara amnya.
Pembangunan ekonomi dan politik yang stabil dalam kalangan negara anggota secara langusng mampu menarik ramai pelabur antarabangsa untuk membuka pasaran baharu di negara-negara ASEAN, sementelah lagi ASEAN begitu giat menjalinkan kerjasama dengan beberapa negara kuasa besar dunia bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara anggota.
Ini secara jelas betapa ASEAN mampu membawa peranan positif yang cukup signifikan kepada negara-negara anggotanya.
Kerjasama erat dalam kalangan negara anggota ASEAN juga mampu menjadikan rantau ini terus kekal bebas dan merdeka dari sebarang kebergantungan kepada negara kuasa besar antarabangsa.
Benar, beberapa negara seperti Singapura dan Filipina dahulunya adalah penyokong kuat kepada Amerika Syarikat, namun keputusan konsesus daripada keseluruhan negara anggota amat perlu bagi megekalkan rantau ini sebagai rantau yang bebas dan berkecuali tanpa mengira bagaimanakah struktur antarabangsa buat selamanya.
Kemahiran diplomasi yang ditunjukkan oleh ASEAN dalam menghadapi tekanan politik dan ekonomi antarabangsa juga menjadi kunci kepada kejayaan ASEAN sehingga mampu bertahan hingga ke saat ini.
Sebagai “himpunan” negara-negara kecil dalam politik antarabangsa, ASEAN mengambil pendekatan hedging sebagai kaedah untuk meneruskan kesinambungannya sebagai organisasi serantau yang berpengaruh dalam negara anggota dan tidak mengambil langkah bandwagoning yang menurut dan mengikut telunjuk negara kuasa besar.
Seperti mana Malaysia yang mengamalkan pendekatan hedging iaitu dasar berbaik-baik dengan mana-mana kuasa besar bagi memelihara kepentingannya, ASEAN juga mendapat manfaat daripada pendekatan tersebut.
Oleh kerana itu, melihat kepada peranan signifikan yang dimainkan oleh ASEAN sebagai organisasi serantau, Timor Leste telah memohon menjadi salah sebuah negara anggota ASEAN semenjak tahun 2011, namun sehingga kini permohonan tersebut masih lagi dalam proses.
Sebagai sebuah negara baharu sekaligus negara bekas salah sebuah wilayah di dalam Republik Indonesia, permohonan Timor Leste untuk menjadi negara anggota ASEAN telah mendapat pelbagai reaksi daripada negara-negara anggota ASEAN yang lain.
Ironinya, Indonesia sendiri begitu menyokong keanggotaan Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN ke-11 dengan kenyataan rasmi Menteri Luar republik tersebut bahawa Indonesia ingin melihat Timor Leste sebagai negara yang makmur dan stabil, didukung oleh perekonomian yang kuat serta sebahagian daripada ASEAN.
Kerana itu Indonesia mengutamakan Timor Leste dalam program bantuan teknikal Kerjasama Selatan-selata, ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Timor Leste, Dionisio Da Costa Babo Soares pertengahan tahun ini di Jakarta.
Sokongan yang diberikan oleh Indonesia dapat dilihat melalui bantuan secara politik dan ekonomi dengan pelbagai bantuan kapasiti terhadap Timor Leste sebagai persiapan bagi menyertai ASEAN.
Sememangnya ujar Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi terdapat beberapa syarat utama bagi menganggotai ASEAN iaitu kestabilan politik, ekonomi, sosial budaya dan pembangunan domestik secara berterusan.
Selain itu, Indonesia juga adalah negara yang paling konsisten selain Malaysia, Thailand dan Filipina yang menyokong keanggotaaan Timor Leste ke dalam ASEAN semenjak Timor mengajukan permohonan pada tahun 2011.
Selain Indonesia, Malaysia juga konsisten dalam menyokong keanggotaan Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN. Menurut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, kemasukan negara tersebut adalah selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN.
“Berdasarkan keakraban yang sedia terjalin ini, Malaysia menyokong kemasukan Timor Leste sebagai anggota baharu ASEAN, memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara.
“Ia selaras dengan Perkara 6, dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baharu ASEAN, ini juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya yang dipelopori Malaysia yang berpegang kepada konsep ‘prosper-thy-neighbour’, yang bermakna memakmurkan jiran” kata beliau.
Keanggotaan Timor Leste sebagai negara ASEAN ke-11 mempunyai pelbagai kesan positif terhadap ASEAN dan terhadap Timor Leste sendiri. Hal ini termasuk kepentingan strategik yang menjadi salah satu isu kritikal di mana-mana rantau sekalipun.
Sekiranya Timor Leste tidak diterima sebagai negara anggota ASEAN, pasti terdapat vakum kuasa terhadap negara tersebut kerana status Timor Leste sebagai sebuah negara baru dan tidak mempunyai kekuatan yang mencukupi terutamanya dalam bidang politik, ekonomi dan ketenteraan.
Penolakkan permohonan negara tersebut sebagai negara ASEAN menyebabkan Timor Leste berasa terpinggir dan cuba mencari mana-mana negara yang boleh membantu kelangsungannya di dalam sistem antarabangsa.
Maka tidak mustahil, mereka akan menjalankan dasar “bandwagoning’’ terhadap mana-mana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat ataupun China bagi membantu negara mereka.
Sudah pasti, apabila negara-negara kuasa besar tersebut membantu ekonomi ataupun memberikan jaminan ketenteraan, pengaruh mereka akan bertapak di Timor Leste dan menghadirkan kesan negatif yang bukan kepalang kepada kestabilan Indonesia secara khusus dan Asia Tenggara secara amnya.
Kehadiran Amerika Syarikat atau kuasa-kuasa besar lain pasti mewujudkan sebuah gelanggang percaturan geopolitik di Asia Tenggara yang mana pada akhirnya memberi kesan kepada keharmonian rantau Asia Tenggara.
Ketika itu, persahabatan dan ikatan murni yang terbina dalam kalangan negara di rantau Asia Tenggara yang sekian lama bersatu di bawah payung ASEAN akan berpecah mengikut kepentingan nasional masing-masing selain terikat dengan ideologi atau budi yang ditaburkan oleh negara-negara kuasa besar. Mungkin terlalu jauh untuk dijangka, namun tidak mustahil perkara ini akan berlaku sekiranya Timor Leste dipinggirkan daripada ASEAN.
* Hisyam Basabah merupakan penulis bebas dan calon Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Etnik,
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Hisyam Basabah
Thu Jul 18 2019

Timor Leste merupakan negara termuda yang ditubuhkan di rantau Asia Tenggara - Foto Fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.