Petronas yakin kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) pada awal pagi Jumaat, tidak akan mengakibatkan masalah kesihatan kepada penduduk di sekitarnya.
“Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kebakaran sudah dapat dikawal dan tidak ada risiko berkaitan kesihatan disebabkan kejadian ini,” kata Kumpulan Komunikasi Petronas menerusi satu kenyataan media.
Kebakaran itu dipercayai berlaku di Unit Atmospheric Residue Desulphurisation (ARDS) yang masih berada di bawah pemerhatian peringkat terakhir sebelum digunakan sepenuhnya.
Setakat ini hanya seorang kakitangan yang mengalami kecederaan ringan tetapi sudah mendapatkan rawatan susulan.
Pihak Petronas mengambil langkah produktif bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan punca sebenar kejadian itu berlaku.
“Pasukan penyiasatan telah ditubuhkan, dan kini bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat punca sebenar kejadian,” kata kenyataan itu.
Kebakaran dipercayai berlaku di sebuah kilang petrokimia bagi pembangunan hab industri minyak dan gas penapis di Pengerang, Johor pada jam 1.28 pagi Jumaat.
Difahamkan kilang tersebut ialah salah satu projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid).
Siti Hajar Jamaludin
Fri Apr 12 2019

Dipercayai kebakaran itu berlaku di Unit Atmospheric Residue Desulphurisation (ARDS).

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Mangsa banjir di Sabah dan Pahang menurun, Johor kekal petang ini - NADMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang menunjukkan penurunan, manakala Johor tidak berubah dengan jumlah keseluruhan 278 mangsa masih berlindung di enam PPS di tiga negeri berkenaan, petang ini.

Makmal komputer di Kampus Kejuruteraan USM terbakar
Sebuah bilik makmal komputer di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) terbakar dan hampir musnah dalam kejadian kebakaran hari ini.

Banjir di Johor, Pahang beransur pulih, jumlah mangsa berkurangan malam ini - NADMA
Keadaan banjir di Johor dan Pahang beransur pulih malam ini apabila jumlah mangsa yang berlindung di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 1,869 orang berbanding 2,237 petang tadi.

24 keluarga setinggan di Pandan Jaya sambut Deepavali di rumah baharu
Keluarga itu adalah antara 40 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam beberapa insiden kebakaran melibatkan kawasan perumahan setinggan di Pandan Jaya.

Kebakaran di Pengerang tidak ada risiko kesihatan kepada orang ramai - Petronas
Pihak Petronas mengambil langkah produktif bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan punca sebenar kejadian itu berlaku.

Dua cedera dalam letupan, kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang
Dua warga tempatan mengalami kecederaan dalam insiden letupan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.