GEORGE TOWN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan masa tiga bulan untuk membaiki kerosakan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2 yang terbakar petang Isnin.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, pihak TNB memaklumkan perkara itu semasa menyampaikan taklimat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung kejadian kebakaran tersebut.
"Kerajaan Negeri mengambil maklum kebakaran yang berlaku dan menunggu siasatan pihak TNB bagi mengetahui punca kebakaran dan setakat ini.
"TNB memaklumkan mereka memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga bulan untuk kerja pembaikan kabel dibawah jambatan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairil berkata, tempoh pembaikan itu bagaimanapun bergantung kepada tahap kerosakan serta rundingan pihak TNB bersama PLUS kerana penutupan sebahagian jalan diperlukan semasa kerja pembaikan dijalankan kelak.
Katanya lagi, kerajaan Negeri memberi sepenuh kepercayaan kepada usaha TNB untuk memastikan kestabilan bekalan elektrik diberikan kepada rakyat Pulau Pinang.
Sementara itu, Zairil berkata, kebakaran jam 4 petang Isnin itu telah menjejaskan tiga litar di bawah jambatan yang mengakibatkan gangguan bekalan selama 35 saat di beberapa kawasan.
Bagaimanapun kerosakan kabel dan litar terbabit tidak menjejaskan keseluruhan bekalan elektrik di negeri itu berikutan masih terdapat bekalan elektrik yang lain di bahagian Pulau yang mencukupi untuk memenuhi permintaan penduduk.
BACA: Kabel elektrik di Jambatan Pulau Pinang terbakar lagi
BACA: PLUS jamin Jambatan Pulau Pinang selamat digunakan
Pada Isnin, Astro AWANI melaporkan sebahagian kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang terbakar menyebabkan asap tebal sekali gus mengakibatkan kesesakan jalan raya di atas jambatan berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Feb 23 2021
![Kebakaran Jambatan Pulau Pinang: TNB perlu tiga bulan untuk baiki kerosakan - Zairil Kebakaran Jambatan Pulau Pinang: TNB perlu tiga bulan untuk baiki kerosakan - Zairil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41614069394_TNB.jpg)
Zairil berkata, tempoh pembaikan itu bagaimanapun bergantung kepada tahap kerosakan serta rundingan pihak TNB bersama PLUS. - Foto Zairil Khir Johari
[TERKINI] Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
Istiadat sambutan rasmi sempena lawatan Presiden Turkiye
AWANI Ringkas: Sambutan Thaipusam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028 Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739245374_haosek.jpg)
Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.
![Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739245239_pukulanak.jpg)
Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan
Suspek berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin ditahan di bilik sewanya sekitar pukul 11.30 malam tadi.
AWANI Pagi: Dari Kimia ke Komuniti: Inspirasi Wanita dalam STEM
Hari Antarabangsa Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan dalam Sains disambut pada 11 Februari setiap tahun. #AWANIPagi membawakan kisah inspirasi Prof. Madya Chm Dr. Noraini Ahmad, yang bukan sahaja merupakan seorang pakar kimia malah kini Pengarah, Pusat Jalinan Masyarakat Universiti Malaya (UMCares).
Perubahan iklim: Beza negara membangun dan maju
Negara maju tetapkan cara untuk atasi perubahan iklim namun negara membangun akan terima tempias ekonomi. Adakah pahaman berbeza ini menyukarkan lagi keadaan?
2025 Talent Race: Winning strategies for growth & retention
As Malaysia heads into 2025, businesses face rising competition for top talent amid economic expansion and policy shifts. How can companies navigate workforce challenges, retain skilled professionals, and stay ahead in a rapidly evolving job market? Associate Director, Robert Walters Malaysia, Marie Lee shares insights into hiring outlook for 2025, key aspects business leaders and HR professionals need to know and best practices to fortify their talent strategies to set up for a successful year ahead.
![Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737155315_TBDonaldTrump.jpg)
Trump dedah sudah berhubung dengan Presiden China, Xi Jinping sejak kembali ke White House
Kata Trump, beliau mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Presiden Xi Jinping.
![Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739243135_NorainiAhmad.jpg)
Peranan ibu bapa, guru penting dalam pendidikan STEM
Apabila pelajar memahami prospek pekerjaan dalam bidang ini, mereka lebih bersedia memilih aliran STEM di tingkatan empat dan lima.
![Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737007640_TBDONALDTRUMP.jpg)
Amaran Donald Trump: Malapetaka akan tercetus jika Hamas enggan bebas tebusan Israel
Ditanya apa maksud "segala malapetaka" yang mungkin berlaku di Gaza, Trump berkata: "Anda akan tahu dan mereka akan tahu - Hamas akan tahu apa yang saya maksudkan."
![Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737535204_TanKarHing.jpg)
Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.
![Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737060998_AnwarIbrahim.jpg)
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
![Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736419080_TBIPDSEPANG.jpg)
Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.
![Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736343430_Penunggangmotosikal.jpg)
Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.
![THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736027029_PasukanTerengganuH.jpg)
THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.
![Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735818524_TBtnb.jpg)
Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.
![Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735334349_TBNazmiOthman.jpg)
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
![Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735334908_TBempangan.jpg)
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
![Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735298704_TBFadillah.jpg)
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik hingga jejaskan rakyat - PM Anwar Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik hingga jejaskan rakyat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734823140_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik hingga jejaskan rakyat - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.