KUANTAN: Kebakaran kecil yang berlaku di di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan kira-kira jam 12 tengah hari tadi berpunca daripada papan suis utama di blok bangunan bersebelahan dengan bangunan unit sajian hospital berkenaan.
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, menerusi satu kenyataan, mengesahkan perkara itu.
Kejadian itu telah menjejaskan bekalan elektrik kepada sistem perubatan termasuk sistem pendingin hawa dan hampagas di blok utama hospital.
Bagaimanapun, sistem bekalan oksigen dan bekalan umum seperti lampu, kipas dan telefon tidak terjejas sama sekali.
"Pihak hospital dengan kerjasama syarikat konsesi dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melaksanakan pelan pemulihan dengan segera.
"Tepat jam 8 malam tadi, hampir keseluruhan sistem yang terjejas telah dapat dipulihkan. Hanya sistem hampagas yang masih dalam proses pemulihan dan dijangkakan pulih sepenuhnya menjelang tengah malam ini," kenyataan itu menyebut.
JKN Pahang juga memaklumkan pengoperasian di wad, Dewan Bedah dan Unit Rawatan Rapi (ICU) masih berjalan seperti biasa tanpa perlu melakukan pemindahan pesakit.
Pasukan forensik Bomba dan Penyelamat juga masih lagi melakukan pemeriksaan dan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Astro Awani
Fri Aug 05 2022

Kejadian itu telah menjejaskan bekalan elektrik kepada sistem perubatan termasuk sistem pendingin hawa dan hampagas di blok utama hospital. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

HTAA hospital pertama di Pantai Timur laksanakan pembedahan secara sedar
Pembedahan ke atas pesakit berusia 38 tahun yang menghidap sawan akibat ketumbuhan cavernoma itu telah berlangsung selama lima jam.

Polis kesan suspek buang bayi tepi longkang di HTAA
Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki membuang bayi lelaki yang ditemui di tepi longkang berhampiran sebuah lobi lif Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

HTAA bakal jadi hospital pengajar perubatan sukan
Ia dijangka dapat direalisasikan pada 2024 selepas mendapat pengiktirafan Universiti Malaya (UM).

Pembinaan blok wanita, kanak-kanak HTAA akan disegera - Dr Zaliha
Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan yang merupakan salah satu projek berskala besar di Pahang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Eksekutif pemasaran maut motosikal terbabit kemalangan dengan lori dan MPV
MPV dipandu pelajar perempuan dipercayai mengubah haluan sebelum bergesel dengan motosikal mangsa.

Wanita sarat mengandung diterbangkan dari Pulau Tioman ke Kuantan
Penerbangan ihsan membawa wanita itu menggunakan helikopter jenis Agusta AW139 milik Maritim Malaysia.

Kebakaran kecil di HTAA, punca kejadian masih disiasat
Kejadian itu telah menjejaskan bekalan elektrik kepada sistem perubatan termasuk sistem penghawa dingin dan hampagas di blok utama hospital.

Wanita terjun jambatan diselamatkan nelayan
Mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum diserahkan kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan susulan.

Agong, Permaisuri berkenan lawat mangsa kebakaran
Seri Paduka Baginda Berdua meluangkan masa hampir 35 minit melawat mangsa di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Jabatan Kesihatan Pahang nafi lelaki 20 tahun korban COVID-19
Hospital Tengku Ampuan Afzan juga tidak menerima sebarang kes mayat dibawa ke hospital melibatkan individu berumur 20-an.