"Macam nak gugur jantung," itu reaksi salah seorang guru yang mengakui pernah mengajar dua daripada suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dekat Jalan Keramat Hujung di sini pada Khamis.
Guru yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, dia terkejut apabila melihat wajah bekas muridnya itu antara tujuh individu yang dipercayai suspek kes tersebut selepas gambar mereka viral di media sosial.
Jelasnya, sikap kedua-dua muridnya itu cukup berbeza semasa masih di bangku sekolah rendah.
"Ada dua orang suspek yang saya pernah ajar. Macam nak gugur jantung tengok muka mereka. (Dulu semasa di sekolah) mereka ini baik, dengar cakap.
"Mereka juga pernah bagi hadiah tudung kepada saya semasa Hari Guru, juga tolong saya masa Hari Sukan sekolah.
"Ya Allah, tak tahu mana silapnya. Mungkin bila habis sekolah rendah, mereka ini salah pilih kawan," tambahnya.
BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfiz
BACA: Ada pihak berkeliaran sekitar pusat tahfiz sebelum kebakaran - PPIM
Beliau yang kini mengajar di salah sebuah sekolah rendah dekat Datuk Keramat berkata, keciciran di dalam kelas memungkinkan suspek tersebut terus tercicir dalam masyarakat.
"Mula-mula mereka ini tercicir dalam kelas, lepas itu mereka tercicir dalam masyarakat.
"Kita (guru) didik elok-elok masa mereka sekolah rendah, tetapi lepas tamat sekolah rendah, jadi sebegini. Saya sedih sangat.
"Inilah dugaan seorang guru, nampak kerja senang tetapi tanggungjawab dan amanat yang diberikan amat berat," ujarnya.
(Atas permintaan subjek, identitinya serta suspek yang dimaksudkan harus disembunyikan bagi mengelak menjejaskan siasatan)
BACA: Kebakaran pusat tahfiz: Tujuh fakta susulan penahanan suspek
BACA: Akibat ejek-mengejek, pusat tahfiz dibakar
Pada Jumaat, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata siasatan awal polis mendapati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berpunca daripada perbuatan khianat.
Katanya, motif tindakan berpunca daripada ejek-mengejek antara tujuh suspek yang ditahan dan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.
Tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun, di mana ujian saringan air kencing mendapati enam daripada mereka positif dadah jenis ganja.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Sep 17 2017

Siasatan awal polis mendapati kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berpunca daripada perbuatan khianat. - Gambar fail

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

4 pelajar tahfiz di Datuk Keramat hilang sejak Selasa
Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini hilang selepas keluar dari pusat itu, Selasa lalu.

Penduduk berbuka dalam banjir kilat di Pulau Pinang
Kebanyakan kawasan terbabit dinaiki air setinggi 0.1 meter hingga 0.5 meter, namun tiada penduduk dipindahkan berikutan keadaan air semakin surut setakat 9 malam tadi.

Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes perbicaraan dua remaja yang didakwa terlibat dalam tragedi pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kebakaran pusat tahfiz: Kawan Shahir di ICU mana, ibu?
Sudah 18 hari tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, seorang ibu menguatkan semangat menahan pilu merahsiakan pemergian 21 pelajar yang terkorban daripada pengetahuan anaknya.

Kebakaran tahfiz: 'Nak gugur jantung tengok muka mereka' - Bekas guru suspek
Guru yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, dia terkejut apabila melihat wajah bekas muridnya itu antara tujuh individu yang dipercayai suspek kes tersebut.

Datuk Bandar KL enggan bersemuka dengan sekumpulan penduduk Keramat
DBKL tidak berganjak daripada keputusannya bina 274 unit pangsapuri mampu milik untuk Bumiputera pada harga di bawah RM200,000 di Bukit Keramat.