Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.
"Dua PPS ini dibuka pada pukul 8 malam tadi, dan dijangka berlaku peningkatan mangsa yang akan dipindahkan," menurut kenyataan itu.
Semalam, media melaporkan kira-kira 45 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond di sini, dalam kejadian kira-kira 2.30 petang.

-- BERNAMA