MARANG: Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Beliau berkata bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara ini termasuk kadar vaksinasi dan kebenaran kerajaan Arab Saudi.
"Insya-Allah dalam tahun ini, malah saya yakin mungkin dalam sebulan dua lagi, tetapi mengikut keadaan COVID-19 yang kita hadapi di samping kebenaran negara sana (Arab Saudi).
"Kita harap isu berkaitan penularan pandemik COVID-19 dapat diredakan sebaik mungkin dan dalam masa sama proses vaksinasi dapat diperbanyakkan lagi," katanya ditemui pemberita selepas melawat Maahad Darul Quran Rusila, di sini hari ini.
Beliau berkata kebenaran itu juga bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta SOP kerajaan Arab Saudi.
Arab Saudi telah membuka kembali pintunya kepada pelancong dari 49 negara termasuk Malaysia sejak 1 Ogos lepas, dengan mempermudah prosedur mendapatkan visa bagi tempoh setahun dan kebenaran tinggal hingga 90 hari di negara itu.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata kerajaan telah bersiap sedia dengan beberapa tanah perkuburan antaranya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menampung jumlah kematian akibat pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.
Selain itu, katanya, kementerian juga telah mewujudkan sebuah pasukan khas yang antara lain berperanan memastikan jenazah pesakit COVID-19 dikebumikan dengan cepat.
"Kita akan tengok (proses) dari bilik mayat ke tanah perkuburan, kalau boleh kurang 24 jam dan apa yang saya lihat di Hospital Kuala Lumpur baru-baru ini boleh disingkatkan kepada lima atau enam jam. Namun, saya mohon kalau boleh tiga hingga empat jam selesai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 05 2021

Zulkifli berkata bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada situasi semasa COVID-19 di negara ini termasuk kadar vaksinasi dan kebenaran kerajaan Arab Saudi. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

31 mangsa dakwa ditipu selepas sertai pakej perniagaan dengan tajaan umrah
Seramai 31 individu mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang lelaki bergelar Datuk yang menawarkan pakej perniagaan dan tajaan umrah dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM300,000 sejak 2023.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).

Mangsa penipuan umrah disaran fail tuntutan di tribunal - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan, segala bentuk penipuan perlu ditangani dan ia juga merupakan komitmen kementeriannya.

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.

Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.

MOTAC siasat syarikat pelancongan gagal terbangkan jemaah umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pelancongan berlesen yang didakwa gagal menerbangkan jemaah umrah, semalam.

Mekah tempat beribadah, bukan bulan madu
Mutawif Ahmad Junaidi Omar bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada niat dan tujuan individu tersebut ke tanah suci.