MELAKA: Kebersihan tandas awam khususnya di pusat beli-belah di Melaka masih belum mencapai tahap memuaskan dan ada antara tandas berkenaan hanya mendapat penarafan satu bintang.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, kebersihan tandas di kawasan tumpuan ramai adalah penting kerana ia bukan sahaja mencerminkan imej premis berkenaan, tetapi juga Melaka sebagai negeri pelancongan.
"Di Melaka, kita ada juga tandas awam di pusat beli-belah yang mendapat penarafan empat bintang, namun tiada lagi tandas di dalam premis berkenaan yang mendapat penarafan lima bintang.
"Kebersihan tandas merupakan elemen penting bagi memastikan keselesaan kepada pengunjung dan juga pelancong terutama pada Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Isi Minyak Percuma di sebuah stesen minyak di Krubong di sini pada Ahad.
Rais berkata, bagi meningkatkan kesedaran semua pihak terutama pemilik premis agar menitikberatkan aspek kebersihan tandas terutama sepanjang TMM 2024, kerajaan negeri akan menganjurkan pertandingan tandas terbersih dalam masa terdekat.
Beliau berkata, pertandingan itu akan melibatkan pelbagai kategori premis antaranya pusat beli-belah, restoran, hotel, stesen minyak, surau dan masjid.
"Kita akan melakukan lebih banyak lawatan mengejut di semua premis yang menyediakan tandas awam untuk melihat tahap kebersihan di situ dan usaha yang dilakukan ini bukan untuk menghukum, menyusahkan atau mendenda mana-mana pihak, sebaliknya ingin memastikan tandas berkenaan dalam keadaan bersih dan elok," kata beliau.
Terdahulu, Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput berkata, Program Isi Minyak Percuma itu diadakan di dua stesen minyak di dalam DUN berkenaan secara serentak iaitu di Krubong dan Tanjung Minyak melibatkan peruntukan berjumlah RM10,000.
Beliau berkata, program itu dianjurkan sebagai medium perkongsian rezeki bersama rakyat terutama penunggang motosikal selain bertujuan bertemu rakyat bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin dengan penduduk setempat. - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Kebersihan tandas awam khususnya di pusat beli-belah di Melaka masih belum mencapai tahap memuaskan dan ada antara tandas berkenaan hanya mendapat penarafan satu bintang. - Gambar hiasan
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
WEF2025: The Global Economic Outlook
Nearly five years since the COVID-19 pandemic upended the global economy, growth is slow but stable, inflation has gradually declined in advanced economies and trade trends have turned positive. Despite this, there remain challenges such as high public debt burdens, ongoing geo-economic tensions and the potential impact of industrial policies on smaller countries.
#AWANIRingkas 28 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Januari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN 2025
2️⃣ Susulan kebakaran di Ulu Tiram
3️⃣ Peluang baharu di Mekah dan Madinah
#awaniringkas
Neymar pulang ke Brazil, secara rasmi tamatkan kontrak Al-Hilal
Neymar juga hanya merekodkan dua penampilan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3750/3805 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3825 semalam.
Malaysia-Indonesia: Teroka kerjasama, mengukuh ASEAN
Kupasan mengenai sektor-sektor utama, peranan ASEAN, dan cabaran serta peluang yang ada dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi kedua-dua negara jiran ini. Ketahui bagaimana kerjasama ini boleh memberi manfaat kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ASEAN.
TVET mampu atasi pengangguran belia
Permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir menjadikan graduan TVET pilihan utama majikan.
Statistik upah kerja (sektor formal) ST3 2024
Analisis persentil menunjukkan kumpulan 10 peratus terendah pekerja formal warganegara menerima median upah bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang setiap bulan, manakala pekerja formal dalam persentil ke-90 menunjukkan peningkatan 4.9 peratus daripada September 2023, menerima sekurang-kurangnya RM8,600 sebulan.
Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Kebersihan tandas awam di pusat beli-belah Melaka belum capai tahap memuaskan
Kebersihan tandas awam khususnya di pusat beli-belah di Melaka masih belum mencapai tahap memuaskan dan ada antara tandas berkenaan hanya mendapat penarafan satu bintang.