Polis telah memanggil syarikat pemilik tong berisi klorin yang dibuang di Kampung Tambak Paya di sini bagi membantu siasatan kejadian kebocoran gas klorin sehingga menyebabkan lebih 200 penduduk kampung dipindahkan malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata syarikat tempatan itu telah dikenal pasti identitinya melalui nombor siri yang terdapat pada tujuh tong berkenaan, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan identiti syarikat berkenaan kerana kes masih dalam siasatan.
"Siasatan (bagi mengenal pasti) sama ada ia (tong itu) dibuang syarikat tersebut atau syarikat yang diberi tanggungjawab untuk melupuskan bahan kimia ini, yang dipercayai asid klorin mampat yang digunakan dalam industri berkaitan air.
"Sepatutnya bahan kimia berkenaan dilupuskan di tempat pelupusan yang dikhaskan iaitu di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan dengan kaedah yang telah ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Remaja Berwawasan (Summer Camp) Siri 13 Tahun 2017 di Ayer Keroh di sini hari ini.
Semalam, penduduk kampung itu terpaksa dipindahkan setelah satu daripada tujuh tong berisi klorin itu bocor menyebabkan gas klorin merebak sekitar lingkungan 1km kampung itu dan setakat pagi tadi, 40 orang masih mendapatkan rawatan di Hospital Melaka serta Jasin.
Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata pihaknya juga telah mengambil keterangan daripada tiga saksi yang melihat kejadian dua individu memunggah keluar tong berkenaan daripada sebuah lori di kawasan tersebut sebelum melarikan diri antara pukul 2 hingga 5 petang semalam.
"Saksi melihat satu daripada tong berkenaan mengeluarkan asap kuning sebelum mereka mengalami sesak nafas dan muntah. Mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun itu turut dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di zon kuning bagi mendapatkan rawatan," katanya.
Beliau berkata pihaknya kini sedang giat mengesan dua individu dan lori yang digunakan dalam kejadian pembuangan sisa kimia tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 269/270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai atau jahat yang mungkin menyebabkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.
Katanya pihak industri atau syarikat yang mempunyai kaitan dengan penggunaan bahan kimia digesa memastikan kaedah pelupusan atau pemusnahan bahan tersebut dilakukan dengan betul dan di kawasan yang telah ditetapkan.
Sementara itu, beliau berkata semua 60 penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Tampak Paya semalam kini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah kawasan terjejas diisytiharkan selamat oleh Jabatan Kimia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.
Tinjauan Bernama di kawasan tapak pembuangan tujuh tong klorin itu tengah hari tadi mendapati pihak polis dan bomba masih memantau rapat tempat kejadian, namun kawasan larangan masuk telah dikecilkan.
Hujan lebat pagi tadi juga membantu mengurangkan kandungan gas klorin di udara apabila wartawan Bernama di kawasan kejadian mendapati tiada lagi bau gas klorin tengah hari tadi, berbanding bau gas yang agak kuat sekitar malam tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2017

Anggota polis membuat siasatan di sebuah rumah kosong yang menjadi tempat pembuangan tujuh tong gas klorin yang bocor di Kampung Tambak Paya, Melaka, hari ini. --fotoBERNAMA

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.
Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, insiden kanak-kanak perempuan dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak.

19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak dibina di seluruh negara
JSJ Bukit Aman akan menambah sebanyak 19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di seluruh negara bagi menangani kes-kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Polis tahan 102 wanita warga asing bekerja jadi GRO
Polis turut merampas antara lain 44 keping lesen perniagaan, 27 pembesar suara, 22 mikrofon, 16 amplifier, 85 botol minuman keras pelbagai jenama, dan wang tunai berjumlah RM12,885 dalam operasi itu.

19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
Polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit.

Video individu diseksa renjatan elektrik berlaku di luar negara
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut kerana dikhuatiri ianya mampu mencetuskan kegusaran.

Tonto dalam tindakan PDRM
Tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.

PDRM, ASEANAPOL tingkat risikan buru sindiket penipuan dalam talian di Kemboja
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara bagi mengesan ahli kumpulan sindiket berkenaan.

Hina Nabi Muhammad, polis siasat pemilik akaun FB 'Uthaya Sankar SB'
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Uthaya Sankar SB berhubung hantaran yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW pada 7 April lalu.

Data DNA bantu polis tangkap suspek kes rogol 12 tahun lalu
Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, yang berlaku 12 tahun lepas.

Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir - Polis
Kali terakhir beliau dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir Tommy Thomas.