TOKYO: Agensi Tenaga Atom Jepun (JAEA) mengesahkan kebocoran bahan radioaktif di satu kemudahan penyelidikan bahan api nuklearnya tetapi tiada kesan buruk terhadap kesihatan kakitangan atau persekitaran berhampiran dilaporkan, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kebocoran itu dikesan dalam Bilik Pembangunan Bahan Api Plutonium No. 3 di Makmal Kejuruteraan Kitaran Bahan Api Nuklear JAEA, yang terletak di Desa Tokai, Ibaraki, lapor agensi berita Kyodo, memetik agensi itu.
Pada Jumaat lalu, Bilik Pembangunan Bahan Api Plutonium No. 3 mengenal pasti pencemaran akibat bahan radioaktif di empat lokasi dalam kemudahan itu.
Pencemaran itu ditemui semasa pemeriksaan rutin peralatan kotak sarung tangan, yang direka bentuk supaya kedap udara.
Pencemaran ditemui di atas dan di bawah kotak sarung tangan, dengan tahap aktiviti radioaktif tertinggi sekitar 33 becquerel.
JAEA memberi jaminan kepada orang ramai bahawa insiden itu tidak membawa kesan negatif terhadap kesihatan empat kakitangan di kemudahan itu, mahupun persekitaran berhampiran.
Pada masa ini, punca kebocoran bahan radioaktif sedang disiasat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Pencemaran ditemui di atas dan di bawah kotak sarung tangan, dengan tahap aktiviti radioaktif tertinggi sekitar 33 becquerel. - Gambar hiasan
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Visi Komuniti ASEAN bakal dilancarkan
Ia yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari aspek politik, ekonomi dan sosial, seterusnya menjadi contoh kepada dunia.
Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
Buat masa ini terdapat 19 projek menaik taraf perparitan yang sedang dijalankan, dengan enam lagi dijangka dimulakan tahun ini.
Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.
Kebocoran radioaktif dikesan di kemudahan penyelidikan bahan api nuklear Jepun
JAEA mengesahkan kebocoran bahan radioaktif di satu kemudahan penyelidikan bahan api nuklearnya.
Menjelang pelepasan air radioaktif, kebocoran ditemui pada hos di loji Fukushima
Tokyo Electric Power Company (TEPCO) berkata, kebocoran itu ditemui "dalam hos yang digunakan untuk memindahkan air terawat," Agensi Anadolu memetik penyiar Jepun NHK.
Bahan radioaktif dikesan: Thailand tingkatkan pemeriksaan di kilang peleburan di Kabin Buri
Pejabat Atom untuk Keamanan (OAP) Thailand memaklumkan sepasukan pakar telah ditempatkan di kilang berkenaan.
Kebocoran bahan radioaktif di Gudang Pos Aviation, Sepang
Pihak Bomba dan penyelamat Malaysia (JBPM ) ketika dihubungi telah mengesahkan kejadian berkenaan dan kini siasatan sedang dijalankan.
Lynas: Ketegasan kerajaan legakan rakyat, henti polemik
Ketegasan kerajaan dalam mewajibkan beberapa syarat dalam melanjutkan lesen operasi kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, seharusnya memberi kelegaan kepada rakyat.