KUALA LUMPUR: Seorang penghuni Rumah Bonda hari ini mengakui bahawa kecederaan melecur dialami remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella adalah disebabkan tumpahan air termos dan bukannya daripada mesin penapis air.
Yasmin Nahar Mahmood, 19, bersetuju dengan cadangan peguam Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bahawa Bella bermain dengan termos itu yang berada di bilik dobi sebuah kondominium di Wangsa Maju sebelum air termos tertumpah dan terkenanya.
Semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam, saksi pendakwaan kelima itu juga bersetuju dengan cadangan Nurul Hafidzah bahawa beliau juga ada memberitahu perkara sama (air termos tumpah) ketika memberi keterangan kepada pihak polis di lobi kondominium pada 7 Julai 2021.
Nurul Hafidzah: Setuju atau tidak air termos yang tertumpah, bukannya air daripada mesin penapis air.
Yasmin: Setuju.
Pada prosiding sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun menyuruhnya menyimbah air panas yang diambilnya daripada mesin penapis air ke atas Bella sebanyak tiga kali seminggu menggunakan cawan plastik yang tidak bertangkai berwarna kuning dan picagari.
Disoal peguam adakah punca tumpahan air daripada termos disebabkan Bella bergaduh dengan seorang lagi penghuni dikenali sebagai Balqis selepas remaja sindrom Down itu menghabiskan pencuci muka dan makanan ringan milik Balqis, Yasmin menjawab, tidak pasti.
Yasmin bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan seorang lagi peguam Siti Bainun, Nur A'minahtul Mardiah Md Nor bahawa hanya termos yang dirampas oleh seorang pegawai polis semasa pegawai itu datang ke kondominium berkenaan.
Nur A'minahtul Mardiah: Tiada mesin penapis air dan pemanas air yang dirampas.
Yasmin: Tidak setuju.
Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan Nur A'minahtul bahawa kejadian mengikat Bella serta tidak mahu memberi air minuman kepada remaja itu dilakukan olehnya dan disaksikan oleh seorang penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Siti.
Saksi itu turut tidak bersetuju dengan cadangan peguam berkenaan bahawa keterangannya di mahkamah adalah rekaan bertujuan untuk memastikan Siti Bainun dipenjarakan.
Disoal Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria berhubung kewujudan kain yang didakwa disumbat pada mulut Bella oleh Siti Bainun, saksi itu berkata dia tidak memaklumkan atau menceritakan kepada pihak polis mengenai perkara itu selepas Siti Bainun mengarahkannya supaya tidak berbuat demikian.
"Kalau cerita (pada polis) saya kena marah, saya tidak percaya kepada mana-mana pihak pun, kain itu sudah busuk...kain sudah buang," kata saksi itu.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. - Bernama
Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Mahkamah Tinggi berpandangan bahawa terdapat tohmahan yang tidak berasas oleh pihak Siti Bainun Ahd Razali terhadap Hakim Mahkamah Sesyen.
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Hakim, Datuk Noorin Badaruddin memutuskan demikian selepas menolak rayuan Siti Bainun.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down atau Bella.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya
Keputusan mengenai tulang ditemukan itu sudah diperolehi dan mereka sekeluarga dimaklumkan ia milik arwah Bella atau Mila Sharmila Samsusah.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
Tulang paha, betis dan keting dipercayai milik Bella perlu diurus dengan cermat - Mufti
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, tulang manusia yang ditemui selepas jenazah dikebumikan wajib dimandi dan dikafan sebelum dikebumikan.
Kes bunuh Bella: Mahkamah tetapkan 11 Mac untuk laporan forensik
Difahamkan, laporan forensik berkenaan penting bagi pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar.
Agensi kebajikan diharap bantu ringankan beban keluarga Bella
Agensi dan badan-badan kebajikan diharap dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa bunuh, Mila Sharmilah Samsusah atau dikenali sebagai Bella.
Jenazah Bella selamat dikebumikan
Jenazah Bella sebelum itu disolatkan di Masjid Datuk Bentara berhampiran kampung halamannya.