Akibat enggan menjalinkan hubungan cinta dengannya, seorang lelaki gila bayang bertindak nekad menculik seorang wanita dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad.
Lelaki berusia 27 tahun itu bertindak melarikan mangsa, 29, ketika wanita itu mahu memasuki kereta miliknya selepas habis waktu bekerja.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ( SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kehilangan mangsa disedari bapanya selepas anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah seperti kebiasaannya pada jam 10.30 malam.
Berikutan itu, bapa mangsa telah ke tempat kerja anaknya sebelum dimaklumkan oleh rakan sekerja bahawa anaknya telah dilarikan oleh seorang lelaki.
Noorzainy berkata menurut laporan, saksi yang berada berdekatan lokasi kejadian mendengar jeritan mangsa meminta tolong dan cuba mengejar kenderaan tersebut namun gagal kerana dipandu laju.
Siasatan mendapati suspek telah membawa mangsa ke sebuah pasar awam di Tasek Gelugor dan mengurung mangsa di dalam kenderaan terbabit dengan kedua-dua tangan terikat di belakang.
Suspek kemudiannya menghubungi abang kandungnya dan memaklumkan bahawa dia telah melarikan mangsa sebelum abangnya datang berjumpa mereka di pasar awam berkenaan.
Menurut Noorzainy lagi, mereka bertiga kemudiannya telah pergi ke kawasan Pantai Bersih di Butterworth bagi memujuk suspek sebelum lelaki itu akur untuk menyerah diri kepada pihak polis selepas empat jam berada di situ.
Tambah Noorzainy, siasatan awal mendapati bapa mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap suspek kerana mengganggu anaknya itu dan kes tersebut diselesaikan secara baik selepas suspek berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi.
Suspek yang turut mempunyai rekod jenayah bersabit kes dadah kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Mon Jul 22 2019
![Kecewa cinta ditolak, lelaki nekad culik 'kekasih' Kecewa cinta ditolak, lelaki nekad culik 'kekasih'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71543056425_TieHand.jpg)
Siasatan mendapati suspek telah membawa mangsa ke sebuah pasar awam di Tasek Gelugor dan mengurung mangsa di dalam kenderaan terbabit dengan kedua-dua tangan terikat di belakang. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
![Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738652386_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
![Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647852090_BreakingNews.jpg)
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Polis banteras 19 premis judi, 10 dipotong elektrik di serdang
Polis Daerah Serdang bertindak tegas terhadap kegiatan perjudian haram dengan menjalankan operasi ke atas 19 premis sejak Julai 2024 hingga Januari tahun ini.
'Bagi alasan datang mahu lepas rindu'
Pintu besi dan laluan tangga sunyi yang dijaga lelaki di hadapan bangunan rumah kedai di Jalan Pudu, ibu negara rupanya berselindung dengan menawarkan aktiviti pelacuran wanita asing.
WCO permudah pelepasan Kastam
Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Bumbung pusat dialisis hospital lati runtuh
Bumbung pusat dialisis Hospital Lati, Pasir Mas, runtuh secara tiba-tiba tengah malam tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Siasatan awal diserahkan kepada JKR untuk tindakan lanjut.
Pembantu kanan Trump pertahan cadangan Gaza
Pembantu kanan Presiden Donald Trump mempertahankan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan membenarkan Amerika Syarikat mengambil alih wilayah yang musnah akibat perang.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
![Kecewa cinta ditolak, lelaki nekad culik 'kekasih' Kecewa cinta ditolak, lelaki nekad culik 'kekasih'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71543056425_TieHand.jpg)
Kecewa cinta ditolak, lelaki nekad culik 'kekasih'
Bapa mangsa telah ke tempat kerja anaknya sebelum dimaklumkan oleh rakan sekerja bahawa anaknya telah dilarikan oleh seorang lelaki.