SELEPAS kejayaan demi kejayaan dilakar siri animasi Didi & Friends dan filem Didi & Friends The Movie, Warnakala Studios kembali dengan sebuah siri animasi baharu yang diberi judul Makania.
Produser dan Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian berkata, Makania merupakan sebuah siri animasi yang berkisarkan tentang makanan dan juga pengembaraan dua beranak dalam merebut impian memenangi wang tunai menerusi sebuah pertandingan memasak.
“Keinginan untuk menerbitkan animasi-animasi baharu di bawah Warnakala Studios sentiasa ada dalam perancangan kami.
“Sama seperti naskhah sebelum ini, kami berharap agar Makania juga akan menempa kejayaan seperti animasi pertama kami iaitu Didi & Friends,” katanya.
Mengangkat makanan sebagai subjek utama, Hairul berkata, inspirasi untuk berbuat demikian datang daripada pemerhatian yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat.
“Inspirasi bagi Makania sebenarnya orang kita juga. Orang kita jika bab makan, nombor satu! Makanan kita sedap, disanjung di seluruh dunia.
"Bila nak makan tengah hari boleh bergaduh sebab tak tahu nak jawab soalan ‘Nak makan apa?’
“Bukan setakat bergaduh kecil, bergaduh dengan negara jiran pun ada, masing-masing nak claim siapa punya makanan lagi sedap!
"Dengan cef antarabangsa pun kita boleh marah. Ingat kes rendang crispy, kan?
“Jadi kami yakin cerita mengenai kecintaan kita terhadap makanan memang sesuai dijadikan resepi bagi sebuah siri animasi baharu,” katanya lagi.
Sementara itu, pengarah bagi Makania, Akmal ‘Kucha’ Aziz Asmawi menambah: “Selepas kejayaan filem Didi & Friends The Movie, kami di Warnakala Studios berselera besar untuk cabaran seterusnya - iaitu mencipta animasi yang baharu.
“Bagi kami yang bertahun lamanya berada di dunia comel Didi & Friends, terasa sudah tiba masanya untuk cuba hidangkan sesuatu yang segar kepada peminat animasi Malaysia,” katanya.
Lebih mengujakan, runut bunyi Makania telah diluncurkan pada 31 Oktober lalu dan ramai dalam kalangan peminat menyukai lagu garapan DJ Uno, JD Wong, Nazrin Mohd Nasir dan Daly itu.
Justeru, tidak hairan lagu berjudul My Way yang dinyanyikan oleh Arez Adnan dan Ahmad Irfan ini telah menerima lebih 700,000 tontonan sejak ia dilancarkan.
Makania menceritakan tentang Naz dan bapanya, Kareem yang menyertai pertandingan memasak Makania Next Top Chef (Mantop), sebuah rancangan realiti televisyen demi memenangi hadiah wang tunai lumayan.
Namun, bagaikan ada udang di sebalik batu, mungkinkah cita-cita mereka bakal memakan diri?
Saksikan Makania setiap Jumaat bermula 8 Disember ini pada pukul 3 petang atau strim pada bila-bila masa secara on demand melalui Astro Ultra Box & Astro GO.
Makania boleh didapati dalam Astro Pek Primary, hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto-debit. -Gempak
Gempak
Thu Dec 07 2023
Saksikan Makania setiap Jumaat bermula 8 Disember ini pada pukul 3 petang atau strim pada bila-bila masa secara on demand melalui Astro Ultra Box & Astro GO. -Gempak
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam untuk jaga hubungan - YADIM
Cadangan mewujudkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam mampu menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjaga asas muamalah (perhubungan) dalam kalangan masyara
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Kecintaan pada makanan resepi siri animasi baharu 'Makania'
Mengangkat makanan sebagai subjek utama, inspirasinya datang daripada pemerhatian yang dibuat dalam kalangan masyarakat setempat.