PUTRAJAYA: Dua wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu sudah pulang ke negara asal hari ini.
Perkara tersebut disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki selepas dimaklumkan kepulangan wanita berkenaan oleh pihak KLIA.
"Keterangan daripada dua wanita tersebut sudah diambil dan kita tidak boleh melarang mereka balik," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini, hari ini.
Azam berkata setakat ini pihaknya sudah merakam keterangan seramai 14 individu melibatkan dua wanita warga China itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, lapan pegawai Jabatan Imigresen dan beberapa saksi lain.
Media sebelum ini melaporkan kekecohan berlaku di KLIA melibatkan orang kenamaan dikatakan cuba "menyelamatkan" seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan, Khamis lalu.
Kejadian berkenaan turut tular menerusi media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu tanpa memohon pas keselamatan.
Menjelaskan lebih lanjut, Azam berkata isu rasuah timbul selepas salah seorang wanita itu dihubungi seorang lelaki warga China yang mengaku sebagai ejen sebuah syarikat yang dilantik pihak pengurusan KLIA untuk menguruskan kes yang dikenakan perintah Not-To-Land (NTL) oleh Jabatan Imigresen.
"Saya mengesahkan ada pihak luar yang terlibat menghubungi wanita terbabit bagi tujuan mendapatkan antaranya membantu membeli tiket kapal terbang dan menetapkan satu harga caj pengurusan... jadi kita akan jalankan siasatan dan dapatkan ejen tersebut," katanya.
Beliau berkata siasatan SPRM mendapati terdapat syarikat dipertanggungjawabkan mengurus pelancong asing yang dikenakan perintah NTL di KLIA sejak 2017.
Namun, syarikat itu sedang dikenal pasti oleh SPRM sama ada ia diwujudkan dengan mematuhi prosedur atau kontrak yang betul atau sebaliknya, katanya.
Azam berkata seramai 41 warga China termasuk wanita yang terlibat dengan insiden berkenaan dikenakan perintah NTL pada hari kejadian namun setakat ini SPRM tidak menerima sebarang aduan daripada 40 yang lain.
"SPRM juga sedang meneliti sistem dan prosedur berhubung dengan pengeluaran perintah NTL termasuk proses yang perlu dipatuhi sehingga wanita warga China itu akhirnya dibenarkan masuk," katanya.
Dalam perkembangan lain, Azam mengesahkan pihaknya sudah mendapat maklumat pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai meminta sejumlah wang bagi meluluskan permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
"Kita akan memulakan tindakan siasatan secepat mungkin," katanya.
Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau menerima aduan yang dibuat terus kepadanya berhubung dakwaan rasuah membabitkan pegawai JPN dipercayai menghubungi pemohon dan meminta sejumlah wang bagi mendapatkan dokumen kelulusan seperti kelulusan kewarganegaraan dan sijil lahir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

AZAM: Keterangan daripada dua wanita tersebut sudah diambil dan kita tidak boleh melarang mereka balik. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Mahkamah benar tangguh hantar pulang model dari China, 5 yang lain
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan enam wanita warga China untuk menangguhkan penghantaran mereka ke negara itu.

Pura-pura histeria elak ditahan
'Lakonan' seorang wanita warga China konon mengalami histeria semasa ditangkap hanya sia-sia.

Kecoh di KLIA: Dua wanita warga China sudah pulang ke negara asal - Azam Baki
Dua wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu sudah pulang ke negara asal hari ini.

29 wanita China tidak mengaku tinggal lebih masa, tiada pas
29 wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan berada di negara ini tanpa pas yang sah dan tinggal lebih masa.

Video peras ugut: Polis selesai ambil keterangan lima individu
Polis selesai mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan seorang anggotanya memeras ugut seorang wanita warga China.

Maqis rampas sosej babi berpenyakit di KLIA
Kesemua sosej yang dirampas akan dilupuskan mengikut Prosedur Operasi Piawaian yang telah ditetapkan.

Finland sahkan kes pertama novel koronavirus
Finland mengesahkan kes pertama jangkitan novel koronavirus di negara itu.

Wanita mabuk rempuh pekerja MBPP hingga maut direman
Wanita warga China yang merempuh pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hingga menyebabkan mangsa maut, pada Jumaat direman selama empat hari.