'KECUAIAN teruk' dan kurang langkah keselamatan menjadi punca kebakaran yang menyaksikan lebih 100 tetamu maut ketika menghadiri majlis perkahwinan di sebuah dewan di Hamdaniya, Iraq, 26 Sept lalu.
Hasil siasatan itu didedahkan menerusi sidang akhbar oleh Menteri Dalam Negeri Abdul Amir Al-Shammari, pada Ahad.
Katanya, pemilik dewan dan tiga kakitangan lain telah membenarkan 900 orang masuk ke tempat itu apabila ia direka untuk maksimum 400 orang.
Jelasnya, kebakaran yang berlaku pada malam itu tidak disengajakan dan tanpa niat serta terjadi akibat kecuaian yang teruk.
Jelasnya, menggunakan hiasan mudah terbakar menyemarakkan api dengan lebih pantas dan mengubah dewan menjadi seperti bola api.
Tambahnya, kebakaran memerangkap tetamu di dalam dewan perkahwinan dan pasukan penyelamat sukar untuk membantu mereka kerana pintu premis itu kecil dan bilangannya sedikit.
BACA: Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
BACA: 100 maut, 150 cedera dalam kebakaran di majlis perkahwinan di Iraq
Sekurang-kurangnya 150 orang cedera dalam insiden tersebut, yang berlaku di bandar Kristian Hamdaniya, yang juga dikenali sebagai Qaraqosh, dalam wilayah Nineveh, di timur laut Iraq.
Abdul Amir meletakkan angka kematian pada 107 dan berkata, panel penyiasatan telah mencadangkan bahawa kerajaan perlu menyediakan sokongan kewangan kepada keluarga mangsa yang maut dan cedera.
Siasatan juga membuat syor supaya tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pegawai tempatan.
Khamis lalu, Perdana Menteri Mohammed Shia Al-Sudani melawat mangsa kebakaran di dua hospital tempatan dan berjanji meminta pihak terbabit supaya bertanggungjawab.
Pasukan keselamatan awam tempatan dipetik sebagai berkata, kebakaran pada 26 Sept malam itu berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis berkenaan.
Astro Awani
Mon Oct 02 2023
![Kecuaian, kurang langkah keselamatan punca dewan perkahwinan terbakar di Iraq Kecuaian, kurang langkah keselamatan punca dewan perkahwinan terbakar di Iraq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696286961_tbfatalfire.jpg)
Keadaan dewan yang musnah susulan kebakaran maut yang terjadi pada satu majlis perkahwinan di daerah Hamdaniya, wilayah Nineveh, Iraq, pada 28 Sept lalu. - REUTERS
![KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738734281_KWSPEPFAkaunSim.jpg)
KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
![Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340247_TBCourtHammer.jpg)
Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.
![Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739340326_TBBUNUHEMAK.jpg)
Lelaki dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh ibu mentua
Seorang lelaki dituduh membunuh ibu mentuanya yang juga seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Sri Skudai pada awal bulan ini.
![Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739340661_tbKonvoiwargabrun.jpg)
Wanita Brunei maut ketika konvoi '2,000 Selekoh Malaysia'
Seorang peserta wanita konvoi '2,000 Selekoh Malaysia' maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah lori di KM 17 Jalan Bera-Mayam, Bera semalam.
![KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731596380_AaronAgoDagang.jpg)
KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Tentera Bangladesh kenakan perintah berkurung selepas protes ragut 100 nyawa Tentera Bangladesh kenakan perintah berkurung selepas protes ragut 100 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721467488_DhakaBangladesh.jpg)
Tentera Bangladesh kenakan perintah berkurung selepas protes ragut 100 nyawa
Menteri Dalam Negeri Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.
![Presiden Iran beri amaran kepada Israel Presiden Iran beri amaran kepada Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679270984_TBEBRAHIM.jpg)
Presiden Iran beri amaran kepada Israel
"Saya beri amaran kepada rejim Zionis. Jangan ragu-ragu bahawa kamu akan membayar harga yang tinggi untuk jenayah ini dan jenayah yang telah anda lakukan."
![Hamas kutuk insiden letupan di Iran sehingga lebih 100 maut Hamas kutuk insiden letupan di Iran sehingga lebih 100 maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704323383_Aftermath.jpg)
Hamas kutuk insiden letupan di Iran sehingga lebih 100 maut
Hamas tolak "semua tindakan pengganas yang mensasarkan orang awam dan berusaha untuk menjejaskan kestabilan dan keselamatan di Republik Islam."
![Lebih 100 maut dalam letupan berhampiran kubur komander Iran Lebih 100 maut dalam letupan berhampiran kubur komander Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704318045_QasemSoleimani.jpg)
Lebih 100 maut dalam letupan berhampiran kubur komander Iran
Seramai 188 lagi cedera dalam kejadian letupan berkembar berhampiran kubur Qasem Soleimani di bandar Kerman, Iran pada Rabu.
![Kecuaian, kurang langkah keselamatan punca dewan perkahwinan terbakar di Iraq Kecuaian, kurang langkah keselamatan punca dewan perkahwinan terbakar di Iraq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696286961_tbfatalfire.jpg)
Kecuaian, kurang langkah keselamatan punca dewan perkahwinan terbakar di Iraq
Pemilik dewan dan tiga kakitangan lain telah membenarkan 900 orang masuk ke tempat itu apabila ia direka untuk maksimum 400 orang.
![100 maut, 150 cedera dalam kebakaran di majlis perkahwinan di Iraq 100 maut, 150 cedera dalam kebakaran di majlis perkahwinan di Iraq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695774576_TBWeddingFire.jpg)
100 maut, 150 cedera dalam kebakaran di majlis perkahwinan di Iraq
Kebakaran berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis berkenaan di sebuah dewan acara besar di wilayah timur laut.