Insiden kecurian di Litar Sepang semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia pada Jumaat lepas, mendapat petunjuk baharu melalui e-mel yang dihantar kepada pusat khidmat pelanggan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Tanpa mendedahkan petunjuk tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata maklumat itu sudah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
"Kita baru dapat sekurang-kurangnya dua petunjuk, yang bagusnya ada individu menulis kepada pusat khidmat pelanggan SIC mengenai petunjuk itu. Kita sudah serah kepada pihak polis," katanya ketika ditemui media di Litar Sepang, semalam.
Insiden kecurian melibatkan beberapa pasukan dipercayai berlaku pada awal pagi Jumaat, antara 1 hingga 5 pagi, dalam keadaan cuaca hujan lebat.
Antara paling terkesan dengan insiden tersebut ialah pasukan Angel Nieto Team, yang menyaksikan beberapa alat ganti seperti tayar depan, set lengkap penyerap hentak dan brek bagi jentera kelas Moto2 dan Moto3 dicuri.
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan tiga pekerja syarikat keselamatan ditahan polis awal pagi Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian peralatan bernilai lebih RM200,000 pada penganjuran GP Motosikal Malaysia, berakhir pada Ahad.
Menurut laporan itu, Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ACP Zulkifli Adamsah berkata kejadian curi itu dilaporkan berlaku pada awal pagi Jumaat lalu dan kawasan itu adalah di bawah tanggungjawab syarikat keselamatan yang dilantik pihak SIC.
Dalam perkembangan sama, Razlan berkata selain insiden kecurian dan pelumba Piala Bakat Asia Idemitsu (IATC), Afridza Munandar meninggal dunia dalam perlumbaan sokongan Malaysia GP, penganjuran kejuaraan kali ini berjalan lancar.
"Kehadiran pengunjung memang sangat baik, ada peningkatan dan semua berjalan lancar. Namun dalam setiap penganjuran kejohanan, pasti akan ada ruang untuk diperbaiki.
"Seperti biasa, SIC akan tunggu maklum balas daripada bancian yang dilakukan SIC untuk kita lihat apa boleh diperbaiki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 04 2019
![Kecurian di Litar Sepang: SIC dapat petunjuk baharu menerusi e-mel Kecurian di Litar Sepang: SIC dapat petunjuk baharu menerusi e-mel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41555685404_RazlanRazali.jpg)
RAZLAN: Kita baru dapat sekurang-kurangnya dua petunjuk, yang bagusnya ada individu menulis kepada pusat khidmat pelanggan SIC mengenai petunjuk itu. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 11 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pengambilan jawatan di Sarawak cecah 96 peratus
Pengambilan jawatan guru khas di Sarawak kini mencecah sebanyak 96 peratus.
![Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739272092_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
![Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar Tindakan Israel di Palestin adalah projek kolonisasi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739271972_AnwarIbrahim.jpg)
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733214268_TBCourtHammer.jpg)
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
![Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732284083_JedYodtemple.jpg)
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
![Suami isteri Rohingya didakwa kes pecah rumah, curi Suami isteri Rohingya didakwa kes pecah rumah, curi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729770227_Rohingya.jpg)
Suami isteri Rohingya didakwa kes pecah rumah, curi
Pasangan suami isteri etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan pecah rumah, mencuri dan menyimpan pelbagai harta curi.
!['Penduduk salah faham, van jenazah tidak dicuri' 'Penduduk salah faham, van jenazah tidak dicuri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722829616_vanjenazah.jpg)
'Penduduk salah faham, van jenazah tidak dicuri'
Salah faham menjadi punca sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah van jenazah yang didakwa dicuri serta terbabit kes pecah rumah di Kajang.
![Curi benang emas, bekas operator kilang dipenjara tujuh hari Curi benang emas, bekas operator kilang dipenjara tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703662651_TBCuribenangjpg.jpg)
Curi benang emas, bekas operator kilang dipenjara tujuh hari
Padah mencuri benang emas pada sebuah mesin pengeluaran di kilang, seorang bekas operator kilang dijatuhi hukuman penjara seminggu dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, pada Rabu.
![Tiga anggota polis ditahan curi RM85,000 semasa operasi di 'Mini Dhaka' Tiga anggota polis ditahan curi RM85,000 semasa operasi di 'Mini Dhaka'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703407135_TBWargaasingjpg.jpg)
Tiga anggota polis ditahan curi RM85,000 semasa operasi di 'Mini Dhaka'
Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 ketika operasi di Jalan Silang.
![Dua dalang utama antara 21 individu ditahan disyaki curi Equipment Card TM Dua dalang utama antara 21 individu ditahan disyaki curi Equipment Card TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702026353_TANGKAPANSINDIKETK.jpg)
Dua dalang utama antara 21 individu ditahan disyaki curi Equipment Card TM
Dua suspek utama antara 21 individu ditahan disyaki terlibat dalam kejadian mencuri Equipment Card TM bernilai kira-kira RM50,000 di Bandar Springhill, Port Dickson minggu lepas.
![Dua lelaki pakai baju TM diberkas, curi kad sistem TM Dua lelaki pakai baju TM diberkas, curi kad sistem TM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701822189_LelakiDiberkas.jpg)
Dua lelaki pakai baju TM diberkas, curi kad sistem TM
Anggota polis ternampak dua lelaki yang memakai baju berlogo TM sedang membuka kabinet kad sistem TM berhampiran stesen minyak Petron.
![4 didakwa curi mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim UK 4 didakwa curi mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699346916_TBGOLDTOILETx.jpg)
4 didakwa curi mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim UK
Seramai empat lelaki didakwa berhubung kes kecurian sebuah mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim di luar Oxford di England, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
!['Bapa suruh saya serah diri' 'Bapa suruh saya serah diri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693735753_kanakkanakperempua.jpg)
'Bapa suruh saya serah diri'
Budak berusia 10 tahun dikenali sebagai Zhang itu turut ditemani bapanya ke balai polis di Ningbo, wilayah Zhejiang ketika kejadian pada 22 Ogos lalu.