ALOR SETAR: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah membelanjakan sebanyak RM674,000 untuk Projek Pengurusan Sisa Pepejal di Wilayah KEDA (SPIKE) bagi tahun lepas.
Pengerusi KEDA Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peruntukan itu membabitkan pembinaan rumah sampah, pembelian tong roro, pendedahan serta latihan kepada penduduk di 12 Desa KEDA setakat ini.
Beliau berkata projek dengan kerjasama Green Resources Sdn Bhd itu memberi peluang kepada warga Desa KEDA untuk mengurus sisa pepejal dengan lebih cekap dan selamat.
"KEDA mengambil tanggungjawab untuk melihat Desa KEDA ke arah global dalam bentuk kebersihan, maka kita buat tong sampah yang khusus, rumah pelupusan sampah yang lengkap dengan roro. Ia bukan tong biasa, roro ni tong besar yang boleh dibawa ke tempat pelupusan dan boleh dihantar balik.
"Kita kolaborasikan bersama dengan anak Syarikat E-Idaman (Green Resources Sdn Bhd) yang boleh juga melihat kepada (penggunaan) teknologi hijau (dalam pengurusan sisa pepejal)," katanya selepas Majlis Peluncuran SPIKE di Desa KEDA Seberang Paya Kerchut dekat sini semalam.
Turut hadir, Pengurus Besar KEDA Ismasuhaimi Shariff dan Ketua Eksekutif Korporat Green Resources Sdn Bhd Muhammad Syafiq Zuki.
Jamil Khir berkata dianggarkan lebih 5,000 penduduk luar bandar khususnya di Desa KEDA menerima manfaat daripada projek itu dan pihaknya berharap ia terus mendapat kerjasama penuh daripada penduduk.
"Mereka tak perlu lagi buang sampah di merata-rata tempat seperti di tepi rumah, dalam sungai atau longgok di belakang rumah kerana dengan peluncuran SPIKE, mereka boleh buang sisa sampah ke rumah sampah disediakan.
"Penyediaan tong roro di rumah sampah juga akan menjadikan pengurusan sisa pepejal lebih cekap," katanya yang menyasarkan sebanyak 25 Desa KEDA lagi akan terlibat dalam projek itu.
Sementara itu, Pengerusi 4P Desa KEDA Seberang Paya Kerchut Che Mohd Desa Che Abu berkata projek itu amat dinanti-nantikan penduduk yang sudah jemu menggali lubang dan terpaksa membakar sampah mereka sebelum ini.
"Sebelum ini kami gali dan tanam sajalah, nak buang jauh jadi masalah juga, tapi bila ada projek SPIKE ini memang terbaiklah dan kami berterima kasih kepada KEDA.
"Sebelum ini, kalau nak buang (di tapak pelupusan) jauh dalam lima kilometer di Pekan Bukit Pinang dan bila ada projek sebegini ia memudahkan penduduk," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
![KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023 KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705225903_TBJAILKHIR.jpg)
Jamil Khir (enam, kanan) bergambar di hadapan rumah sampah selepas Majlis Peluncuran Projek Pengurusan Sisa Pepejal di Wilayah KEDA (SPIKE) di Dataran Dewan Desa KEDA Seberang Paya Kerchut, Alor Setar, 14 Jan 2024. --fotoBERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Sederet 13 rumah di Tanjung Dawai musnah terbakar, seorang cedera Sederet 13 rumah di Tanjung Dawai musnah terbakar, seorang cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736046374_buahrumah.jpg)
Sederet 13 rumah di Tanjung Dawai musnah terbakar, seorang cedera
Kejadian turut mengakibatkan seorang lelaki berusia 30-an melecur di bahagian kaki dan tangan ketika cuba menyelamatkan diri.
![Lekoshow KEDA Pulau Tuba hasilkan keropok lekor ikan kebasi Lekoshow KEDA Pulau Tuba hasilkan keropok lekor ikan kebasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727607449_AmirHamzah.jpg)
Lekoshow KEDA Pulau Tuba hasilkan keropok lekor ikan kebasi
Keropok lekor kebiasaannya dihasilkan menggunakan ikan tamban atau parang, namun bagi Rosnani Che Ghazali, beliau menjadikan ikan kebasi sebagai resepi utama penghasilan keropok lekor.
![KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693913999_RubiahWang.jpg)
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
![KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714303933_TBPADIBERNAMA.jpg)
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
![KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711293409_AhmadZahidHamidi.jpg)
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
![KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023 KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705225903_TBJAILKHIR.jpg)
KEDA peruntuk RM674,000 untuk projek SPIKE 2023
Peruntukan itu membabitkan pembinaan rumah sampah, pembelian tong roro, pendedahan serta latihan kepada penduduk di 12 Desa KEDA.
![KKDW fokus baik pulih, bina baharu rumah uzur di Kedah KKDW fokus baik pulih, bina baharu rumah uzur di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682578498_TBzahidhamidi.jpg)
KKDW fokus baik pulih, bina baharu rumah uzur di Kedah
Beberapa kawasan penempatan yang mempunyai rumah daif dan rumah uzur di bawah tanggungjawab KKDW telah pun dikenal pasti, namun kementerian masih menunggu senarai lengkap daripada KEDA.
![Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681124613_AbdulAzeezRahim.jpg)
Lantikan Azeez Rahim sebagai Pengerusi KEDA diteliti semula - Anwar
Anwar mengesahkan pelantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) belum dimuktamadkan.
![KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657805771_TBMAHDZIRKHALID.jpg)
KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.
![KEDA bina 5,173 unit rumah untuk golongan miskin sejak RMK-4 KEDA bina 5,173 unit rumah untuk golongan miskin sejak RMK-4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644757795_TBMahdzirKhalid.jpg)
KEDA bina 5,173 unit rumah untuk golongan miskin sejak RMK-4
Daripada jumlah itu, 1,311 rumah didirikan di 14 kampung tradisional, 3,862 rumah PPRT di 44 kampung di bawah Desa KEDA.