Kerajaan Kedah akan mengemukakan usul kepada kerajaan Persekutuan berkaitan pemasangan 'child seat' atau kerusi khas kanak-kanak dalam kenderaan, bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya berhubung perkara berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan negeri, Azman Nasrudin, berkata beliau melihat tahap kesedaran masyarakat mengenai pentingnya pemasangan 'child seat' masih rendah dan ia boleh mengundang risiko kecederaan atau kematian apabila berlaku kemalangan.
"Kita akan cuba usulkan cadangan yang boleh dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, antaranya perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan pengeluar kerusi kanak-kanak ini agar harganya dijual pada tahap mampu milik tanpa mengabaikan aspek kualiti.
"Keduanya, aspek kempen kesedaran perlu diperbanyak dan dipelbagaikan agar masyarakat mendapat informasi mengenai cara pemasangan 'child seat' yang betul," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Peringkat Kedah 2018 di Plaza Tol Plus Sungai Petani (Selatan), di sini, pada Ahad.
Turut hadir Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ismasuhaimi Shariff serta wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi lain yang berkaitan.
Sementara itu, Pei Hong berkata masih ramai ibu bapa yang tidak mengetahui cara pemasangan kerusi khas kanak-kanak itu dengan betul, sehingga mengundang kecederaan atau kematian terhadap bayi atau kanak-kanak.
"Pemasangan kerusi kanak-kanak ini digalakkan untuk bayi atau kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah, dan pemasangan 'child booster seat' bagi kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun.
"Namun pemasangan yang salah boleh menyebabkan mereka tersepit dengan beg udara atau tercampak, seterusnya mengakibatkan anggota badan patah atau cedera.
"Sedikit hentakan khususnya membabitkan bahagian kepala, boleh membawa maut apabila pemandu menekan brek kecemasan, walaupun kenderaan dipandu pada kelajuan 20 atau 30 kilometer/jam," katanya.
Dalam pada itu, kempen bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ itu diharap akan dapat memupuk dan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya untuk mengutamakan keselamatan khususnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pada majlis sama, 50 topi keledar baharu ditukarkan dengan topi keledar milik penunggang motosikal, yang tidak mematuhi piawaian keselamatan, selain pengagihan sejumlah 300 beg cenderahati kepada pengguna jalan raya. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 10 2018

Pemasangan kerusi kanak-kanak digalakkan untuk bayi atau kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kedah sasar kadar kemalangan maut turun bawah 40 peratus tahun ini
Tujuh strategi penguatkuasaan akan dilaksanakan pada musim perayaan khususnya Tahun Baharu Cina ini.

Pasca PRU15: DUN Johor ucap tahniah kepada PN, BN
DUN Johor hari ini mengucapkan tahniah kepada Datuk Azman Nasrudin dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain atas kemenangan masing-masing.

Pasca PRU15: Azman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai
Azman berkata beliau beraspirasi bersama wakil rakyat lain untuk menjadi pembangkang berwibawa dan memantau Kerajaan Perpaduan.

PRU15 Padang Serai: Lebih baik calon BN, PH tarik diri - Calon PN
Azman Nasrudin memberi saranan agar calon PH dan BN menarik diri daripada bertanding pada PRU15 Parlimen Padang Serai 7 Disember depan.

Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan 'kerajaan zina'
Azman Nasrudin berkata keterangan itu dibuat di Balai Polis Kulim Hi-Tech, pada 12 tengah malam tadi.

Kedah pandang serius perbuatan khianat terhadap ikan
Antara kaedah penangkapan ikan yang dilarang ialah penggunaan arus atau renjatan elektrik, bom ikan, menuba ikan atau menggunakan racun dan kaedah menembak ikan.

Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang
Pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.

Azman, Robert Ling kini ADUN Bersatu
Azman menjangkakan sekitar 10,000 ahli Penggerak Komuniti Negara di Kedah akan turut menyertai Bersatu dalam masa terdekat termasuk dalam kalangan kaum Cina dan India.

19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Mereka merangkumi 15 ADUN PAS, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang mengumumkan keluar parti tengah hari tadi iaitu Azman Nasrudin (Lunas) dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).

Kerajaan PH Kedah tumbang?
Kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.