Kerajaan Kedah akan melakukan kajian bagi melihat kesesuaian pelaksanaan cadangan cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita di peringkat negeri ini sebelum melaksanakannya.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata kerajaan negeri sedang memperhalusi segala cadangan daripada peringkat Persekutuan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020, 11 Okt lepas termasuk mengenai cuti bersalin itu.
"Ada banyak perkara yang dicadangkan oleh peringkat Persekutuan dan saya lihat kebanyakan cadangan yang dibentangkan adalah baik untuk diamalkan di peringkat negeri. Bagi cadangan cuti bersalin itu, saya harap semua majikan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta lihat ia sebagai satu perkara positif.
"Tujuan cuti bersalin itu dipanjangkan adalah untuk memurnikan institusi kekeluargaan. Walaupun bekerja, kita semua masih perlu menjaga kepentingan keluarga kerana ia merupakan satu cara untuk menjamin kesejahteraan dalam keluarga," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
BACA: Cuti bersalin 90 hari mungkin rugikan pekerja dari segi perjawatan - Christy Ng
Katanya, buat masa ini cadangan mengenai tempoh cuti bersalin itu belum diputuskan lagi oleh kerajaan negeri untuk negeri ini dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 berkata kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 untuk meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa 2021.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai pemberian bonus kepada kakitangan awam negeri, Mukhriz berkata perkara itu akan diumumkan dalam Belanjawan 2020 negeri pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) 20 Okt ini.
Terdahulu, berucap pada majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Kedah dan Hari Bertemu Pelanggan, Mukhriz menyarankan semua jabatan dan agensi kerajaan untuk memberi perhatian sewajarnya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
"Hari bertemu pelanggan ini merupakan platform bagi masyarakat untuk menyuarakan aduan dan cadangan dalam membantu mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan. Selain itu, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan secara terus," katanya.
Sebanyak 40 jabatan dan agensi kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta terlibat dalam program bertemu pelanggan yang diadakan hari ini.
Bernama
Thu Oct 17 2019

Kerajaan negeri sedang memperhalusi segala cadangan daripada peringkat Persekutuan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2020, 11 Okt lepas termasuk mengenai cuti bersalin itu. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Akta Kerja 1955 benarkan pekerja mohon aturan kerja anjal - SIM
Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.

Perbincangan selaraskan Ordinan Buruh Sarawak di peringkat akhir - Steven Sim
Perbincangan untuk menyelaraskan Ordinan Buruh Sarawak dengan Akta Kerja 1955 kini di peringkat akhir, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Gangguan air: Jangan paksa pekerja ambil cuti tahunan, potong gaji - Sim
Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja jika terdapat kes sebegini.

JTKS keluar 1,660 kertas siasatan berkaitan Akta Kerja 1955, Akta 446 dan PGM 2022
Selangor mencatat jumlah kertas siasatan tertinggi dengan 306 kes, diikuti Johor dengan 294 kertas siasatan dan Perak 220 kertas siasatan.

Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Waktu kerja fleksibel: Bukan paksaan tapi galakan - Sivakumar
Tiada sebarang paksaan terhadap majikan untuk melaksanakan waktu kerja fleksibel selaras dengan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dilaksanakan.

Gagal patuhi tempoh bayaran gaji pekerja, AIROD didenda RM66,000
Mahkamah Majistret mendenda AIROD Sdn Bhd sebanyak RM66,000 selepas syarikat itu mengaku bersalah atas 44 pertuduhan gagal mematuhi tempoh pembayaran gaji pekerja.

Tangguh pelaksanaan Akta Kerja, majikan perlukan masa selesaikan isu kekurangan pekerja - Saravanan
Penangguhan pelaksanaan Akta Kerja dari 1 Sept depan kepada 1 Jan 2023 bertujuan memberi ruang kepada majikan untuk menyelesaikan isu berkaitan kekurangan tenaga buruh.

Kemasukan pekerja asing ke negara ini perlu dapat kelulusan JTKSM mulai 1 Sept - Saravanan
Kemasukan pekerja asing profesional atau bukan profesional ke negara ini perlu mendapat kelulusan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mulai 1 September depan.

Pekerja boleh buat pemohonan AKF untuk bekerja secara fleksibel - Awang Hashim
Permohonan AKF itu perlu dibuat secara bertulis dan boleh meliputi perubahan waktu bekerja, hari bekerja dan juga tempat bekerja.