Pelan Pembangunan Kedah 2035, ke arah mencapai status negeri maju, masih mampu dicapai walaupun berdepan dengan cabaran COVID-19, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim.
Beliau berkata projek-projek pembangunan fizikal berimpak tinggi yang telah dirancang di Kedah akan diteruskan dengan sasaran asalnya akan terus dinilai agar sesuai dengan situasi semasa.
"Dengan projek tersebut, kita akan dapat menjana pendapatan serta menyediakan peluang pekerjaan dan itu penting supaya rakyat Kedah dapat berkhidmat dalam sektor yang mampu memberi lebih pendapatan kepada mereka.
"Pada masa ini kita lihat sektor tertentu akan berkembang tetapi bukan dengan cara kita anggarkan sebelum ini.
"Namun, kita mesti sampai ke sasaran ditetapkan tetapi dengan pendekatan sedikit berbeza, bersandarkan kepada norma baharu (kelaziman baharu)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi "Sembang Kedah Produktif: Pasca COVID-19 Bersediakah Kedah?" secara langsung dalam laman Facebook Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara di sini, pada Isnin.
Ammar berkata kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempertingkat sistem perhubungan dalam taliannya bagi membolehkan urusan dengan rakyat menjadi lebih efektif serta efisien.
Katanya semua pihak perlu bersedia untuk mengadaptasi kelaziman baharu susulan berlakunya perubahan dalam 'landskap kehidupan' yang tercetus akibat penularan COVID-19.
Beliau berkata kaedah itu sebenarnya memberi lebih kemudahan kepada rakyat kerana jika diaplikasikan secara betul, orang ramai tidak perlu lagi datang ke mana-mana jabatan untuk berurusan.
"Namun kerajaan negeri sedar terdapat beberapa halangan untuk melaksanakan perkara itu secara menyeluruh, antaranya berkaitan capaian internet di luar bandar.
"Kita telah mohon kepada kerajaan Persekutuan bagi memastikan capaian terutamanya di luar bandar dipertingkatkan dan dalam masa sama kita harapkan supaya data dapat diberikan pada kadar lebih murah," katanya.
Selain itu katanya, cabaran juga wujud dalam proses pembelajaran secara dalam talian melibatkan para guru dan pelajar.
"Antara cabarannya, ketiadaan gajet pintar serta masalah data dan saya difahamkan apabila anak-anak belajar secara dalam talian, mereka berdepan masalah tertentu seperti tidak cukup data untuk muat turun fail diberikan guru," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020
![Kedah mampu capai sasaran Pelan Pembangunan 2035 Kedah mampu capai sasaran Pelan Pembangunan 2035](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584837858_BandarayaAlorSetar.jpg)
Projek-projek pembangunan fizikal berimpak tinggi yang telah dirancang di Kedah akan diteruskan dengan sasaran asalnya akan terus dinilai mengikut kesesuaian situasi semasa. - Gambar fail
![Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007308_DzulkeflyAhmad.jpg)
Kerja 45 jam: KKM adakan libat urus sebelum muktamad, diumumkan masa terdekat - Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau sendiri telah hadir ke beberapa sesi libat urus bagi mendengar pandangan semua pihak.
![Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.
![Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739007969_DzulkeflyAhmad.jpg)
Peruntukan RM18.9 juta bagi transformasi digital di 100 klinik kesihatan tahun ini
Transformasi digital itu termasuk pelaksanaan sistem pengurusan digital berasaskan awan (CCMS) di 100 klinik kesihatan (KK) seluruh negara.
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739004981_KhaledNordin.jpg)
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Sewa kapal tidak guna duit kerajaan negeri - MB Kedah Sewa kapal tidak guna duit kerajaan negeri - MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661379898_Sewakapalduitker.jpg)
Sewa kapal tidak guna duit kerajaan negeri - MB Kedah
Ia majlis perpisahan antara anggota Exco Kerajaan Negeri dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sempena persaraan beliau di Langkawi.
![Kedah mampu capai sasaran Pelan Pembangunan 2035 Kedah mampu capai sasaran Pelan Pembangunan 2035](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51584837858_BandarayaAlorSetar.jpg)
Kedah mampu capai sasaran Pelan Pembangunan 2035
Projek-projek pembangunan fizikal berimpak tinggi yang telah dirancang di Kedah akan diteruskan dengan sasaran asalnya akan terus dinilai.