Bagi melahirkan sebuah institut pengajian tinggi (IPT) Islam pertama di negeri ini, kerajaan negeri Kedah akan memohon supaya Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil dinaik taraf kepada sebuah universiti penuh pada tahun hadapan.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kerajaan negeri sudahpun mendapat mandat dan perkenan daripada Tuanku Sultan Kedah yang juga Canselor KUIN Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk menaik taraf IPT milik penuh kerajaan negeri itu.
"Komitmen ini adalah selari dengan iltizam kerajaan negeri untuk melihat Islam dan tradisi keilmuan dimartabatkan di negeri ini. Ia adalah sejajar dengan hasrat dan titah Sultan Kedah pada konvokesyen KUIN ke-18 September lalu.
"KUIN sudah pun memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti jumlah tenaga pengajar, jumlah pelajar luar negara dan modal berbayar," katanya.
Beliau berkata demikian pada pemberita dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Jelasnya dalam tempoh beberapa bulan ini, pihaknya bersama-sama KUIN akan menggembleng segala usaha dan komitmen ke arah itu sebelum membawa permohonan tersebut kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2016
![Kedah mohon KUIN dinaik taraf jadi universiti penuh menjelang 2017 Kedah mohon KUIN dinaik taraf jadi universiti penuh menjelang 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478442749_KUIN.jpg)
Kampus KUIN adalah seluas 360 ekar dan boleh menempatkan kira-kira 7,000 pelajar. - Foto Bernama
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707958906_TBBenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
![UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308231_immigrationcrackdow.jpg)
UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.
![Kedah mohon KUIN dinaik taraf jadi universiti penuh menjelang 2017 Kedah mohon KUIN dinaik taraf jadi universiti penuh menjelang 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478442749_KUIN.jpg)
Kedah mohon KUIN dinaik taraf jadi universiti penuh menjelang 2017
Bagi melahirkan sebuah IPT Islam pertama di negeri ini, kerajaan negeri Kedah akan memohon supaya Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil dinaik taraf kepada sebuah universiti penuh.