Kerajaan Kedah melancarkan aplikasi 'Kedah Pay' dalam usaha menyediakan platform pembayaran tanpa tunai melaui teknologi imbasan sistem Quick Response (QR) Code yang dijangka boleh digunakan sepenuhnya pertengahan tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.
"Aplikasi ini menyediakan kaedah pembayaran berpusat untuk rakyat dan kakitangan kerajaan negeri dalam membuat pembayaran, pemindahan wang, pembayaran bil setempat, pengeluaran wang dan pembayaran bil melalui telefon pintar sahaja.
"Hasrat kerajaan negeri adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat Kedah menjelaskan sebarang jenis pembayaran melalui aplikasi ini," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelancaran 'Kedah Pay' dan majlis penyerahan dokumen perjanjian kerjasama antara pihak Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan Virlinks Technology Sdn Bhd sempena Ekspo Muafakat Kedah di Stadium Darul Aman.
Ahmad Bashah berkata penggunaan aplikasi akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), institusi pendidikan tinggi dan premis perniagaan.
"Buat permulaan, pelaksanaan dan perkhidmatan ini akan bermula secara dalaman agensi kerajaan negeri yang melibatkan aktiviti pembayaran gaji kakitangan awam, pembayaran cukai tanah dan pintu serta kutipan hasil yang lain.
"Saya harap dengan aplikasi ini ia dapat memberi manfaat kepada kerajaan negeri serta semua kakitangan kerajaan dan rakyat Kedah dan dapat memudahkan proses kutipan hasil kerajaan negeri disamping meningkatkan hasil kutipan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata apabila aplikasi ini dilaksanakan sepenuhnya pertengahan tahun ini sebanyak RM500 juta bakal diperolehi setiap bulan manakala dalam tempoh setahun jumlah kutipan pembayaran daripada penggunaan aplikasi ini boleh mencecah antara RM5 bilion hingga RM6 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
!['Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai 'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520031361_RPA.jpg)
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar (tiga, kanan) bersama Ahmad Bashah (empat, kanan) melawat RPA Flat Seri Gemilang di Alor Setar, 2 Mac, 2018. --fotoBERNAMA
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677489839_KhalidBashahJohari.jpg)
Pemilihan UMNO: Ahmad Bashah buat 'comeback', Mahdzir menang tanpa bertanding
Beberapa nama besar arena politik negeri Kedah membuat penampilan semula bagi merebut jawatan sebagai Ketua Bahagian di dalam Pemilihan UMNO, 18 Mac depan.
![Kekalutan politik Kedah Kekalutan politik Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71589234729_FBREAKAlorSetar.jpg)
Kekalutan politik Kedah
Peristiwa pelantikan dan pergolakan Menteri Besar Kedah tidak pernah berkesudahan.
![Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526163520_TBPENGERUSIBNKEDAHA.jpg)
Ahmad Bashah sedia undur diri dari jawatan Pengerusi UMNO/BN Kedah
Tindakan itu adalah bagi memberi laluan kepada barisan pelapis baharu untuk meneruskan dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada perjuangan BN di Kedah.
![PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521791070_PRIMA.jpg)
PRU14: Kekalkan kerajaan BN untuk teruskan agenda perumahan - PM Najib
Beliau berkata disebab itu, agenda perumahan menjadi keutamaan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14.
!['Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M 'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523951184_tunm.jpg)
'Saya nak tengok banyak mana undi UMNO di Langkawi' - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di Parlimen berkenaan.
![BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508487544_950x600.jpg)
BN Kedah tidak gentar Dr Mahathir bertanding
Barisan Nasional Kedah tidak gentar berdepan Pengerusi pakatan harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan bertanding di Langkawi atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
![Parlimen dibubar hari ini? Parlimen dibubar hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51522978881_Parlimen.jpg)
Parlimen dibubar hari ini?
Adakah Parlimen akan dibubarkan hari ini? Ramai dalam kalangan pengamal media meramalkan pembubaran akan diumumkan hari ini.
![Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71522560880_ZahidHamidi.jpg)
Kenaikan elaun RM2 sejam kepada sukarelawan
Peningkatan kadar elaun itu sebagai menghargai kesetiaan dan pengorbanan anggota serta pegawai sukarela badan beruniform di seluruh negara.
![Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521376185_PialaFAPahang.jpg)
Piala FA: Presiden KFA mahu laporan kekalahan segera
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu pengurusan KFA melakukan siasatan dan rombakan sekiranya perlu.
!['Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai 'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/61520031361_RPA.jpg)
'Kedah Pay' mudahkan rakyat buat pembayaran tanpa tunai
Cadangan kerjasama penggunaan teknologi kewangan (fintech) untuk Kerajaan Negeri melibatkan Virlinks Technology Sdn Bhd disokong oleh Finexus Cards Sdn Bhd.