Kedah tidak berhasrat menutup pusat tahfiz yang tidak berdaftar di negeri ini sebaliknya meminta pihak pengurusan pusat berkenaan untuk terus menyegerakan urusan pendaftaran bagi membolehkan ia dipantau dan diuruskan sebaik mungkin.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri Datuk Dr Ismail Salleh berkata sehingga kini lebih 160 pusat tahfiz di Kedah telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) namun masih ada yang gagal berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu.
"Hasrat kita tak mahu tutup sebaliknya nak semua mendaftar sebab bila buka tahfiz dia mengendalikan anak orang dan masa depan mereka, selain itu dia uruskan duit orang jadi kalau tak daftar tak ada badan yang mengawal dan dia boleh buat apa sahaja," katanya kepada pemberita pada program Jelajah Pendidikan Luar Bandar dan Tuisyen MARA 2018 peringkat Pendang dan Yan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Kedah berhasrat menutup pusat tahfiz di negeri itu susulan pengetua sebuah pusat tahfiz di Kepong berusia 30 tahun disyaki meliwat sembilan pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun dan pusat tahfiz itu didapati tidak berdaftar.
BACA: Tutup pusat tahfiz jika pengetua didapati bersalah - Mujahid
BACA: Kaji semula garis panduan selia, kendali pusat tahfiz - Maszlee
Suspek ditahan sehari selepas polis menerima laporan kes berkenaan yang dibuat oleh seorang guru lelaki pusat tahfiz berkenaan pada 13 September lepas.
Dr Ismail berkata pusat tahfiz yang berdaftar memiliki ciri-ciri keselamatan yang diperlukan seperti alat pemadam api dan laluan kedua jika berlaku kebakaran.
"Kerajaan tidak mempunyai masalah untuk meluluskan pendaftaran sekiranya memenuhi syarat- syarat yang ditetapkan kerana pusat tahfiz berkaitan agama yang patut dimartabatkan dan kita beri masa untuk mereka berbuat demikian," katanya.
Mengenai program itu, beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor berkata program sehari itu mendedahkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dengan maklumat tepat untuk memilih kursus dan program yang bersesuaian sebelum melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi.
"Ini adalah lokasi terakhir selepas kita bermula di Sik, Kuala Muda, Pokok Sena, Padang Terap, Langkawi, Kulim-Bandar Baharu dan Kubang Pasu sambutannya amat menggalakkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 27 2018
![Kedah tidak berhasrat tutup pusat tahfiz tidak berdaftar Kedah tidak berhasrat tutup pusat tahfiz tidak berdaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529536925_IsmailSalleh.jpg)
ISMAIL: Hasrat kita tak mahu tutup sebaliknya nak semua mendaftar sebab bila buka tahfiz dia mengendalikan anak orang dan masa depan mereka. - Gambar fail
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
![Sumber air Kedah kritikal jika Empangan Pedu capai 15 peratus Sumber air Kedah kritikal jika Empangan Pedu capai 15 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722850140_tbEmpanganPedu.jpg)
Sumber air Kedah kritikal jika Empangan Pedu capai 15 peratus
Sumber air di Kedah akan berada pada tahap kritikal sekiranya takungan air di Empangan Pedu mencapai tahap 15 peratus, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada Datuk Ismail Salleh.
![MADA galakkan peladang tanam padi dalam perladangan skala besar MADA galakkan peladang tanam padi dalam perladangan skala besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687748225_TBTanamanPadi.jpg)
MADA galakkan peladang tanam padi dalam perladangan skala besar
Pelaksanaan PPSB dan SMART SBB boleh membantu meningkatkan hasil padi menerusi pengurusan secara berpusat dalam skala besar.
![PH Kedah buat laporan polis terhadap Abdul Hadi PH Kedah buat laporan polis terhadap Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659650515_PHKedahbuatlapora.jpg)
PH Kedah buat laporan polis terhadap Abdul Hadi
Ismail berkata, sebagai seorang pemimpin bertaraf ulama dalam parti, beliau tidak seharusnya melemparkan kenyataan yang berunsurkan fitnah semata-mata mahu memancing undi.
![Banjir Baling: Pembangkang DUN Kedah kecewa dua usul ditolak Banjir Baling: Pembangkang DUN Kedah kecewa dua usul ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658137218_TBSANUSIBALING.jpg)
Banjir Baling: Pembangkang DUN Kedah kecewa dua usul ditolak
Tindakan ADUN pembangkang membawa usul berkenaan bukan hanya untuk meraih kepentingan politik.
![Mukhriz dijangka hadir mesyuarat bersama Exco esok - Exco Kedah Mukhriz dijangka hadir mesyuarat bersama Exco esok - Exco Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552463291_DATUKDRISMAIL.jpg)
Mukhriz dijangka hadir mesyuarat bersama Exco esok - Exco Kedah
Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka tiba di Kedah pada Rabu, bagi mengadakan mesyuarat bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah di Kediaman Rasmi Menteri Besar.
![Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529536925_IsmailSalleh.jpg)
Jangan mainkan amanah rakyat, tunggu PRU akan datang - Amanah Kedah
Datuk Dr Ismail Salleh berkata, usaha membentuk pakatan baharu agar menunggu sehingga PRU akan datang bagi mendapatkan mandat baharu dan sah daripada rakyat.
![Amanah Kedah fokus ke arah budaya kerja kelas pertama Amanah Kedah fokus ke arah budaya kerja kelas pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529536925_IsmailSalleh.jpg)
Amanah Kedah fokus ke arah budaya kerja kelas pertama
Gerak kerja parti harus berlandaskan kepada semangat motivasi yang sangat tinggi, berupaya bekerja di luar kelaziman dan tidak boleh lagi bergerak dalam zon selesa.
![Chikungunya: Bilangan mangsa meningkat, namun keadaan masih terkawal Chikungunya: Bilangan mangsa meningkat, namun keadaan masih terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71561335020_CHIKUNGUNYA.jpg)
Chikungunya: Bilangan mangsa meningkat, namun keadaan masih terkawal
Bilangan mangsa yang disyaki menghidap penyakit chikungunya di Alor Setar telah meningkat dari jumlah 14 orang kepada 21 orang.
![Jangan bakar sentimen perkauman - Raja Muda Kedah Jangan bakar sentimen perkauman - Raja Muda Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41545317717_RajaMudaKedah.jpg)
Jangan bakar sentimen perkauman - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin meminta agar semua rakyat tidak menjadi batu api atau penyebab dalam menyemarakkan api perkauman dalam kes kematian Muhammad Adib.
![Kedah tidak berhasrat tutup pusat tahfiz tidak berdaftar Kedah tidak berhasrat tutup pusat tahfiz tidak berdaftar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529536925_IsmailSalleh.jpg)
Kedah tidak berhasrat tutup pusat tahfiz tidak berdaftar
Mahu pihak pengurusan pusat berkenaan menyegerakan urusan pendaftaran bagi membolehkan ia dipantau dan diuruskan sebaik mungkin.