KUANTAN: Kedai serbaneka di Sungai Isap di sini yang dibaling molotov cocktail oleh individu tidak dikenali hingga berlaku kebakaran kecil di pintu masuk pada awal pagi Sabtu dibuka seperti biasa.
Tinjauan di lokasi mendapati pekerja yang bertugas untuk syif pagi menjalankan aktiviti rutin mereka di premis berkenaan.
Salah seorang pekerja yang ditemui memberitahu, tiada arahan penutupan kedai dilakukan susulan kejadian awal pagi itu.
Bagaimanapun, pekerja berkenaan enggan mengulas lanjut tentang kejadian memandangkan tiada di lokasi ketika insiden itu berlaku.
Dalam kejadian pada jam 5.14 pagi itu, empat rak jualan termasuk beberapa barang jualan dalam premis yang dipercayai baru beroperasi kira-kira dua minggu mengalami kerosakan akibat terkena percikan api.
Pihak polis tidak menolak kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH yang terkait dengan sebuah cawangan pasar raya itu sebelum ini. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 30 2024

Tinjauan di lokasi mendapati pekerja yang bertugas untuk syif pagi menjalankan aktiviti rutin mereka di premis berkenaan. -Foto Sinar Harian

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.

Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.

Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.

Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.

Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.

#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.

Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).

Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.

Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.