JAKARTA: Kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat kepada 2.68 juta tahun ini daripada 1.48 juta tahun lepas didorong penambahan aksesibiliti udara dan laut di antara kedua-dua negara.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin berkata kini terdapat 550 penerbangan setiap minggu yang dioperasikan oleh syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Batik Air dan Transnusa Airlines.
Berucap di Sesi Rangkaian Perniagaan Sarawak di Indonesia (Sarawak Business Networking Session Roadshow to Indonesia) pada Isnin, beliau berkata beberapa laluan baharu telah diperkenalkan tahun ini seperti dari Balikpapan dan Kertajati ke Kuala Lumpur serta dari Jakarta ke Kuching, Sarawak.
"Selain itu, akses melalui laut dari Medan, Pekanbaru, Batam dan Nunukan ke Malaysia serta laluan darat dari Pontianak ke Kuching, Sarawak juga terus bertambah," katanya.
Jerayawara anjuran Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Jakarta akan disusuli di Balikpapan dan Banjarmasin sebagai usaha mempromosi Sarawak kepada masyarakat Indonesia, dengan kerjasama Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Tourism Malaysia Jakarta dan Association of Indonesian Tours and Travel Agencies.
Terdahulu, Syed Md Hasrin berkata seramai 1,037,450 pelancong Malaysia berkunjung ke Indonesia pada 2022.
"Saya yakin dengan menjaga hubungan baik dan kerjasama dua hala yang terus ditingkatkan, khususnya dalam hal aksesibiliti, maka industri pelancongan kedua-dua negara dapat semakin berjaya di masa depan," katanya.
Sementara itu, pemangku ketua pegawai eksekutif STB Yusfida Khalid berkata Sarawak mencatat lebih 200,000 kedatangan pelancong Indonesia dari semua pintu masuk dari Januari hingga Jun tahun ini berbanding 46,000 pelancong pada tempoh yang sama tahun lepas.
Penganjuran acara Sarawak International Dragon Boat Regatta bulan depan dan Sarawak Regatta pada November akan menarik lebih ramai pelancong Indonesia ke Sarawak, katanya di majlis yang turut dihadiri oleh pengarah Tourism Malaysia Jakarta Junus Suhid.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Syed Md Hasrin berkata kini terdapat 550 penerbangan setiap minggu yang dioperasikan oleh syarikat seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Batik Air dan Transnusa Airlines. - Foto Facebook/Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta
Buletin AWANI Khas: Kembalinya Trump ke White House
Saksikan perbincangan eksklusif bersama Lee Heng Guie, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Tharma Pillai, Pengasas Bersama Undi18 dan penganalisis politik, serta Charissa Lee, Presiden Persatuan Alumni Universiti Amerika di Malaysia.
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Perbincangan ini akan menyentuh impak Donald Trump terhadap ekonomi global, politik antarabangsa, dan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat. Jangan ketinggalan, hanya di Astro AWANI!
Trump 2.0: Apa yang baharu, apa yang kekal?
Penganalisis Keselamatan & Hubungan Antarabangsa, Universiti Malaya, Collins Chong Yew Keat mengulas berkenaan pemilihan semula Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat dari sudut geopolitik serta hubungan bilateral dan multilateral global.
Hanya duta dijemput ke majlis angkat sumpah Trump - Nazri Aziz
Duta Besar Malaysia ke AS jawab tohmahan segelintir pihak mengenai ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke upacara angkat sumpah Donald Trump.
#AWANIRingkas 21 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 21 Januari 2025
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
1️⃣ Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
2️⃣ Remaja perempuan 16 tahun hilang di Karak
3️⃣ Penggal kedua penuh kontroversi
#awaniringkas
Trump arah Amerika Syarikat tarik diri dari WHO sekali lagi
Perintah eksekutif ini, yang dibuat pada hari pertama penggal kedua Trump, memenuhi janjinya untuk menolak institusi global.
Trump tubuh kumpulan DOGE
Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump secara rasmi mengumumkan pembentukan kumpulan penasihat baharu yang bertujuan melaksanakan pemotongan besar-besaran dalam kerajaan persekutuan, mencetuskan pelbagai tindakan undang-undang segera.
Kumpulan ini, dikenali sebagai Department of Government Efficiency (DOGE), diketuai bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Kumpulan ini, dikenali sebagai Department of Government Efficiency (DOGE), diketuai bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk.
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS selepas ucapan sulung Trump
Pada jam 8 pagi ini, ringgit diniagakan pada paras 4.4650/4815 berbanding dolar AS yang meningkat daripada 4.4910/4960 pada akhir urus niaga semalam.
Donald Trump Tegaskan Hasrat Ambil Semula Terusan Panama Selepas Angkat Sumpah Sebagai Presiden AS Ke-47
"Kita telah dilayan dengan sangat buruk akibat pemberian bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan. Janji Panama kepada kita telah dilanggar. Tujuan perjanjian kita dan semangat perjanjian itu telah dicabuli sepenuhnya. Kapal-kapal Amerika dikenakan caj berlebihan dan tidak dilayan dengan adil dalam apa jua bentuk. Ini termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Lebih dari itu, China kini mengendalikan Terusan Panama. Kita tidak memberikannya kepada China, kita berikannya kepada Panama, dan kita akan mengambilnya semula," kata Donald Trump selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47. #AWANInews
AWANI Ringkas: Langkah konkrit untuk tangani isu alam sekitar global
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Donald Trump Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Presiden AS Ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. Disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. #AWANInews
Kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat, kata Duta Besar M'sia
Kedatangan pelancong Indonesia ke Malaysia dijangka meningkat kepada 2.68 juta tahun ini daripada 1.48 juta tahun lepas didorong penambahan aksesibiliti udara dan laut di antara kedua-dua negara.
Pelancong Indonesia teruja untuk datang ke Malaysia
Lokasi pelancongan utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland sangat dirindui pelancong Indonesia.