Kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terus relevan dan kukuh bagi menjalankan tiga fungsi utamanya iaitu melaksanakan tugas-tugas penyelarasan dalam bidang undang-undang, pendidikan dan pentadbiran Islam.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu signifikan sebagai urusetia kepada Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam, yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 1969.
"Jakim adalah sebuah agensi pusat yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan bagi menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal Islam.
"Selain itu, Jakim berperanan membantu Perdana Menteri dalam hal ehwal Islam selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Menurutnya semua dasar kerajaan juga perlu mengambil kira kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 12(2) secara nyata membenarkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menubuhkan dan menyediakan sejumlah wang bagi menyelenggara institusi-institusi Islam seperti masjid serta sekolah.
BACA: Tanggungjawab Jakim turut mencakupi isu global termasuk IS dan Syiah
Othman berkata Jakim sentiasa menjulang tinggi kuasa Islam yang terletak di bawah kuasa sultan di setiap negeri seluruh negara, manakala Raja-Raja Melayu mendapat nasihat daripada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dalam hal berhubung dengan pentadbiran dan kemaslahatan umat Islam.
"Oleh itu, kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan perkara-perkara yang melibatkan hal ehwal Islam terus diwarisi dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Justeru, Jakim berharap semua pihak dapat menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan agar keamanan dan keharmonian yang dikecapi berkekalan," katanya.
Kenyataannya dipercayai merujuk kepada artikel sebuah portal yang mengandungi saranan supaya Jakim dimansuhkan.
BACA: Bubar JAKIM: Kenyataan Tawfik, kurang sopan dan tidak beradab - Perkasa
Bernama
Tue Nov 10 2015

OTHMAN: Jakim adalah sebuah agensi pusat yang ditubuhkan oleh kerajaan Persekutuan bagi menyelaraskan isu-isu berkaitan hal ehwal Islam.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.

Tiada cadangan gabung ITBM dan DBP
Teo Nie Ching berkata ITBM akan terus memberikan khidmat berkaitan terjemahan buku dan dokumen selain melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah dan jurubahasa untuk memenuhi keperluan negara.

Akademi Pilihan Raya akan diperkasa - SPR
Akademi itu tidak lagi hanya memberikan kursus kepada petugas SPR sahaja, sebaliknya telah turun padang di seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada masyarakat pelbagai peringkat.

Wajibkan pemeriksaan keselamatan bangunan dua tahun sekali - Juruukur
Pihak RISM dan RBS mencadangkan kerajaan mewajibkan pemeriksaan keselamatan berkala bagi bangunan berkepadatan tinggi.

Kedudukan Jakim terus relevan, kukuh jalankan fungsi utama - Othman
Kedudukan Jakim terus relevan dan kukuh bagi melaksanakan tugas-tugas penyelarasan dalam bidang undang-undang, pendidikan dan pentadbiran Islam.