Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin akan mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi Selasa untuk menentukan kedudukan surau yang dijadikan penganut Buddha sebagai tempat untuk upacara keagamaan di sebuat resort di Kota Tinggi, Johor.
Pertemuan tersebut dijangkakan akan membincangkan sama ada surau tersebut akan dirobohkan ekoran kejadian yang berlaku beberapa hari lepas dan bagi mengelakkan kontroversi berpanjangan.
Akhbar Berita Harian melaporkan satu video berdurasi 85 minit memaparkan surau dijadikan penganut Buddha sebagai tempat untuk upacara keagamaan di sebuat resort di Kota Tinggi, Johor mula menjadi perbualan hangat.
Upacara keagamaan oleh penganut Buddha itu disedari oleh seorang pengunjung resort yang hendak menunaikan solat asar petang Sabtu.
Seramai 12 penganut agama berkenaan dan seorang sami dikatakan melakukan upacara sembahyang itu yang termasuk meletakkan gambar patung.
“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Mereka perlu faham undang-undang Malaysia kerana tindakan itu bukan sahaja mengguris perasaan, malah menghina Islam,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut kepada akhbar berkenaan.
Sementara itu, pemilik resort yang merupakan warga Singapura yang mempunyai taraf Penduduk Tetap negara ini berkata beliau membenarkan kumpulan berkenaan menggunakan Surau namun tidak tahu mereka juga akan menggunakan peralatan keagamaan.
“Saya tidak berniat menyakiti hati mana-mana pihak. Niat saya adalah untuk menunjukkan Islam adalah agama sejagat dan bertoleransi,” katanya yang juga beragama Islam.
Sementara itu, Polis telah menahan pemilik Resort Tanjung Sutera, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang dikatakan membenarkan surau di pusat peranginannya dijadikan tempat upacara agama Buddha.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemilik berkenaan di tahan di resortnya jam 2.00 petang Isnin.
Pihak polis juga akan mendapatkan perintah reman bagi membolehkan pemilik resort berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut seksyen 295 kanun keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama golongan lain.
Sabit kesalahan tegasnya boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Polis dijangka membawa pengurus terbabit ke Mahkamah Kota Tinggi esok untuk kebenaran menahan reman beliau.
Irwan Muhammad Zain
Mon Aug 12 2013
Google Search kini ada permainan mini 'Block Breaker'
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan yang lain.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.
Serangan tapak nuklear akan jadi kesilapan besar AS – Iran
Iran akan bertindak balas serta-merta dengan tegas jika tapak nuklearnya diserang kerana tindakan itu boleh sar yang boleh dilakukan oleh Amerika Syarikat.
Pemimpin tertinggi Iran semakin bimbang bahawa Presiden Amerika ketika itu, Donald Trump, dalam penggal keduanya mungkin memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menyerang tapak nuklear Iran sambil memperketatkan sekatan terhadap industri minyak negara itu.
Pemimpin tertinggi Iran semakin bimbang bahawa Presiden Amerika ketika itu, Donald Trump, dalam penggal keduanya mungkin memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menyerang tapak nuklear Iran sambil memperketatkan sekatan terhadap industri minyak negara itu.
Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, mangsa belum dikenal pasti
Sebuah pesawat kecil yang membawa sekurang-kurangnya dua orang terhempas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Philadelphia.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kerajaan kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam pada Jumaat.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.
Mangsa banjir 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.
Hari Wesak: Sambut dengan falsafah utama, berbuat baik sesama insan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan agar Keluarga Malaysia menyambutnya dengan falsafah utama iaitu berbuat baik sesama insan.
PM Muhyiddin ucap Selamat Hari Wesak
Muhyiddin berharap perayaan tahun ini dapat memberi semangat dan iltizam baharu kepada semua penganut agama itu supaya terus cekal dalam mengharungi segala cabaran demi kebaikan bersama.
Agong dan Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari yang bermakna kepada penganut agama Buddha ini disambut dalam kebiasaan baharu.
Ketua-ketua institusi agama Sarawak sepakat sokong program imunisasi COVID-19
Ketua institusi agama di Sarawak menyeru agar orang ramai menyokong program imunisasi tersebut untuk sama-sama menjayakan misi mencapai imuniti kelompok.
Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi sepanjang PKP
Operasi itu tertakluk kepada beberapa SOP tertentu termasuk kehadiran tidak melebihi 30 orang dalam satu-satu masa.
PKP 2.0: Sambutan Tahun Baharu Cina di Tokong Mek sunyi
Tokong tertua di negara ini ditutup, bagi sebarang aktiviti keagamaan, sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Wanita berbapakan Muslim, ibu penganut Buddha, diisytiharkan sebagai bukan Muslim
Tengku Maimun memutuskan Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.
Protes Thailand: Sami Buddha dilarang sertai demonstrasi
Pejabat Buddha Kebangsaan (NOB) Thailand mengeluarkan perintah yang melarang sami agama Buddha daripada menyertai sebarang protes.
SOP pembukaan rumah ibadat dimuktamadkan Isnin
Wakil pelbagai agama sudah bermesyuarat dengan Menteri Perpaduan Negara hari ini bagi mengemukakan pandangan sebelum keputusan dibuat.