NAKHON SI THAMMARAT: Kedutaan Malaysia di Thailand melalui Pejabat Kaunselor Pertanian melancarkan kempen untuk menawarkan platform bagi produk Malaysia memasuki pasaran Thailand.
Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata, berdasarkan pemerhatiannya sejak beberapa tahun lepas, rakyat Thailand cukup akomodatif terhadap produk Malaysia.
"Produk Malaysia terutamanya produk makanan sentiasa mendapat sambutan hangat daripada rakyat Thailand dan kami sentiasa mengalu-alukan lebih banyak produk untuk memasuki pasaran (Thailand)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen bertemakan "Taste of Malaysia" di Sahathai Plaza, di sini.
Dengan kerjasama Wang Mart Co Ltd selaku pengedar, sejumlah 22 produk membabitkan pelbagai jenis makanan ringan, biskut, kerepek kentang, mi segera, minuman dan rempah ratus boleh didapati di Sahathai Plaza, pengendali pusat beli-belah.
Jojie berkata, Sahathai yang mempunyai tiga cawangan di Nakhon Si Thammarat dan masing-masing sebuah cawangan di Surat Thani dan di Phetchaburi, justeru dengan adanya kempen itu ia berpotensi mewujudkan peluang yang baik bagi produk Malaysia dipasarkan di Thailand.
"Kami sedang mencari lebih banyak produk Malaysia untuk dipasarkan di sini pada masa akan datang selepas sambutan positif di sini," katanya.
Duta itu berkata, kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai produk makanan Malaysia, menemui pengguna baharu yang berpotensi dan mengembangkan serta mengukuhkan lagi kehadiran jenama Malaysia di pasaran tempatan.
Kempen "Taste of Malaysia" adalah sebahagian daripada program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia dan merangsang permintaan di pasaran Thailand.
"Kedutaan Malaysia di Bangkok komited untuk menyokong dan mempromosikan produk makanan Malaysia di Thailand. Ia merupakan hasrat bersama untuk bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi bagi membawa makanan Malaysia kepada pengguna Thailand," katanya.
Pada 2023, Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dengan jumlah perdagangan RM113.16 bilion (AS$24.83 bilion) direkodkan. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
![Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666258090_JojieSamuel.jpg)
Menurut Jojie, berdasarkan pemerhatiannya sejak beberapa tahun lepas, rakyat Thailand cukup akomodatif terhadap produk Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737581558_TBembassybangkok.jpg)
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
![Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1 Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735854261_AFFChampionship.jpg)
Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.
![Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727910542_ThailandBusFire.jpg)
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
![23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok 23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727802327_SchoolbusfireinT.jpg)
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
![ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726648734_TeamMalaysia.jpg)
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
![Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726187353_EmbassyofMalaysia.jpg)
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
![Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/61441033326_MASLOGO.jpg)
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712455501_MohamadIzzatHilmi.jpg)
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
![Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711186413_Rifdean.jpg)
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.