KUALA LUMPUR: Kedutaan asing di negara ini tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan sebarang bentuk pas kepada rakyat mereka untuk menetap di sini walaupun untuk sementara, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
Khairul Dzaimee berkata pengeluaran visa dan pas kepada warganegara asing untuk tinggal dan bekerja di sini hanya boleh dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen (JIM) sebagai pihak berkuasa.
"Jabatan ini ingin menegaskan bahawa mana-mana pihak luar tiada hak untuk mencampuri urusan kedaulatan dan undang-undang negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan berkenaan bagi mengulas laporan berita bertajuk 'Petempatan Warga Asing di Nilai Spring Bukan Haram, Kata Migrant Care.'
Dalam laporan berkenaan Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia memberitahu warga asing yang ditahan dalam serbuan di lokasi berkenaan telah mendapat pas lawatan sementara dari pihak Indonesia yang sah selama setahun.
Pada operasi pada 1 Feb lepas seramai 67 warga Indonesia berusia lingkungan dua bulan hingga 72 tahun ditahan berikutan tidak memiliki dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Khairul Dzaimee berkata semua yang ditahan dalam operasi bersepadu itu adalah pendatang tanpa izin dan tiada mana-mana pihak yang boleh mempersoalkan kewajaran JIM melaksanakan operasi berkenaan kerana ia adalah tugas hakiki jabatan itu.
"Malah Rakyat Malaysia juga dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa negara luar apabila mereka melanggar undang-undang Imigresen negara berkenaan. Justeru, semua pihak hendaklah menghormati kedaulatan undang-undang sesebuah negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Khairul Dzaimee berkata semua yang ditahan dalam operasi di Nilai Spring adalah PATI dan tiada pihak yang boleh mempersoalkan kewajaran JIM melaksanakan operasi itu kerana ia tugas hakiki pihaknya. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

KESUMA laksana kajian semakan semula, pindaan Akta 4 dan Akta 800
Katanya, inisiatif untuk melaksanakan kajian ke atas Akta 4 dan Akta 800 adalah selari dengan hasrat KESUMA untuk memperkasa perlindungan sosial.

KP BHEUU buat laporan polis terhadap penuntut mendakwa waris Kesultanan Sulu
Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion.

Sesi libat urus beri ruang terangkan isu tuntutan kumpulan dakwa waris Sulu - BHEUU
Ia juga peluang kepada pimpinan dan rakyat Sabah untuk beri input dan cadangan bagi memperkasa tindakan yang sedang dan akan diambil.

Kertas rayuan pengampunan Najib tidak dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan Jumaat lepas
Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai.

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU berkuat kuasa hari ini
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Khairul Dzaimee ditukar, Ruslin kini KP Imigresen
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke sebuah bahagian di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa hari ini.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.

Kedutaan negara asing tidak punya kuasa keluarkan pas lawatan sementara - JIM
Khairul Dzaimee berkata, pengeluaran visa dan pas kepada warga asing untuk tinggal dan bekerja di sini hanya boleh dikeluarkan oleh JIM.

Pastikan keselamatan, kedaulatan negara tidak terancam - KP Imigresen
Kemasukan dan keberadaan warga asing di Malaysia adalah tertakluk kepada dasar, peraturan dan perundangan yang berkuat kuasa.

JIM aktifkan QRT atasi kesesakan di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen (JIM) mewujudkan Quick Response Team (QRT) sebagai langkah proaktif menangani kesesakan di pintu masuk negara terutamanya di KLIA.