KUALA LUMPUR: Kedutaan Palestin di Malaysia dan dutanya tidak pernah meminta sumbangan untuk Palestin disalurkan melalui kedutaan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.
Dalam kenyataan kepada Bernama pada Rabu, kedutaan itu memaklumkan mereka konsisten menekankan keperluan untuk semua aktiviti pengumpulan dana dilaksanakan di bawah pengawasan, pemantauan dan kawalan pihak berkuasa Malaysia yang bertanggungjawab.
"Malangnya, beberapa pihak tetap mendakwa bahawa kedutaan dan duta Palestin meminta NGO Malaysia menyumbang melalui kedutaan dan ini sama sekali tidak benar," menurut kenyataan itu.
Namun, selaras dengan arahan Pihak Berkuasa Palestin di Ramallah, kedutaan sentiasa bersedia dan tidak akan menyekat usaha untuk memberikan bantuan dan kemudahan melalui saluran diplomatik.
Ini termasuk Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Malaysia di Jordan dan Mesir dan akaun bank Bulan Sabit Merah Palestin.
"Perlu dinyatakan bahawa pada masa ini, Palestin berada di bawah penjajahan Israel dan semua sempadan udara, laut dan darat Palestin kini berada di bawah kawalan pihak berkuasa Israel.
"Oleh itu, bagi memudahkan kemasukan sebarang bantuan ke Palestin, penyelarasan perlu dibuat melalui negara jiran (Mesir dan Jordan)," menurut kedutaan itu.
Barangan untuk dihantar ke Gaza perlu dibuat melalui pihak berkuasa Mesir manakala barangan untuk wilayah barat dan Baitulmaqdis dibawa masuk melalui pihak berkuasa Jordan.
Kedutaan itu turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas pendirian dan sokongan padu yang diberikan terhadap rakyat Palestin dari segi politik, moral mahupun kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Kedutaan Palestin memaklumkan mereka konsisten menekankan keperluan untuk semua aktiviti pengumpulan dana dilaksanakan di bawah pengawasan, pemantauan dan kawalan pihak berkuasa Malaysia yang bertanggungjawab. - Gambar fail/ EPA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Kedutaan Palestin nafi minta sumbangan disalur menerusi kedutaan
Kedutaan Palestin di Malaysia dan dutanya tidak pernah meminta sumbangan untuk Palestin disalurkan melalui kedutaan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.